Link Al-Quran Explorer!

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

Thursday, December 22, 2011

Asalamualaikum= Admin Page(Syafiqzpro)

   Bersyukur saya Ke Hadrat Ilahi, Kerana Dapat Mengemaskini Blog Dengan Baik, . Saya Berharap Kepada Semua Umat Islam Di Seluruh Dunia Sentiasa Mempertahankan Akidah Islam Dimana Jua Mereka Berada :).
                                                                                                                                      ~Sekian~



Monday, October 17, 2011

Apakah Itu Haji Akbar?


SETIAP kali apabila hari wuquf jatuh pada hari Jumaat, umum umat Islam menganggapnya sebagai Haji akbar. Ini mungkin berdasarkan hari wuquf Rasulullah ketika haji wada’ yang juga berlaku pada hari Jumaat.
Perkataan Haji akbar disebut di dalam al-Quran yang bermaksud: Dan (Inilah) suatu pemakluman daripada Allah dan rasul-Nya kepada umat manusia pada hari Haji akbar bahawa sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya berlepas diri daripada orang-orang musyrikin. Kemudian jika kamu (kaum musyrikin) bertaubat, Maka bertaubat itu lebih baik bagimu; dan jika kamu berpaling, Maka Ketahuilah bahawa sesungguhnya kamu tidak dapat melemahkan Allah. Dan beritakanlah kepada orang-orang kafir (bahawa mereka akan mendapat) seksa yang pedih. (at-Taubah: 3)

Para Mufassirin (ahli tafsir) berbeza pendapat tentang yang dimaksud dengan Haji akbar, ada yang mengatakan hari Nahar, ada yang mengatakan hari Arafah.
Kebanyakan Mufassirin seperti Ibn kathir, al Sa’diyy, al Syanqitiyy, al Qurtubiyy dan al Tabariyy cenderung menyatakan Haji akbar adalah hari raya haji ataupun hari Nahar.
Sungguhpun begitu yang dimaksud dengan Haji akbar di dalam ayat ini adalah haji yang terjadi pada tahun kesembilan Hijrah. Tidak ada seorang pun ahli tafsir yang berpandangan Haji akbar adalah haji yang wuqufnya jatuh pada hari Jumaat.

Haji akbar
Kebanyakan ahli fikah atau Jumhur Fuqaha berpandangan Haji akbar adalah hari Nahar atau Hari Raya Haji. Ini lantaran kebanyakan amalan haji seperti melontar di Jamratul Kubra, bergunting, tawaf Ifadhah dan saie mula ditunaikan para jemaah haji pada hari Nahar.

Tokoh besar fiqh di dalam Mazhab Syafiee, Imam al Nawawiy menyatakan: “Humaid menyatakan hari nahar adalah hari Haji akbar, ini kerana qaul Abi Hurairah, yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim di dalam sahih kedua-duanya…. Ini kerana kebanyakan manasik dilakukan pada hari tersebut, adapun orang yang mengatakan Haji akbar adalah hari arafah mereka berhujahkan hadis ‘haji adalah arafah’ tetapi hadis Abu Hurairah menolak pandangan ini.

Al Qadhi ‘Ayyadh menukilkan yang Haji akbar menurut Mazhab Malik adalah hari Nahar, manakala menurut Mazhab Syafiee adalah hari Arafah.
Realitinya adalah di sebalik apa yang beliau nyatakan, bahkan Mazhab Syafiee dan Ashabnya adalah hari Nahar seperti yang telah disebut wallahu ‘alam.
Shamsuddin al Sarkhasiyy seorang tokoh daripada Mazhab Hanafi menyatakan: “Tawaf ziarah adalah rukun haji dan dia adalah Haji akbar pada takwil firman Allah: surah Taubah ayat ketiga. Waktunya adalah pada hari Nahar”.

Fuqaha Maliki juga menyatakan perkara yang sama, umpamanya Muhammad ibn Yusuf menyatakan: “Malik berkata: hari Nahar adalah hari Haji akbar”.
Tersebut di dalam al Mughniyy ‘ala Mukhtasar Al Kharqiy sebuah karya besar di dalam Mazhab Hanbali: Fasal: Hari Haji akbar adalah hari Nahar, Sesungguhnya Rasulullah telah berucap pada hari nahar dengan berkata, “Inilah hari Haji akbar”.

Dinamakan demikian kerana banyaknya amalan haji yang ditunaikan pada hari tersebut dari wuquf di Masy’ar, bertolak ke Mina, melontar, menyembelih, bercukur, tawaf ifadhah dan kembali ke Mina untuk bermalam...”
Berdasarkan paparan di atas jelas kepada kita bahawa Haji akbar menurut fuqaha keempat-empat mazhab utama di dalam Islam adalah Hari Nahar.

Haji akbar menurut muhaddithin
Di sini dinukilkan beberapa pandangan Muhaddithin berkenaan dengan Haji akbar.
-Menurut Muhammad ibn ‘Ali al Shaukaniyy: “Sabdanya: (Hari Nahar) iaitu hari Haji akbar menurut pandangan yang sahih di dalam Mazhab Syafiee, Malik dan Ahmad...”


-Abu al ‘Ala al Mubarakfuriyy menyatakan: “Telah terkenal di kalangan orang awam apabila hari Arafah jatuh pada hari Jumaat, haji pada tahun itu adalah Haji akbar, tiada asal pada pandangan ini. Benar Razin telah meriwayatkan daripada Talhah bin Ubaidullah bin Karz secara mursal: “Sebaik-baik hari adalah hari Arafah apabila jatuh pada hari Jumaat, maka ia lebih utama daripada 70 kali haji di hari selain dari hari Jumaat”, demikianlah seperti yang terdapat di dalam Jamu’ al Fawaid dan ia adalah hadis mursal yang saya tidak dapati isnadnya”.

-Menurut al Zarqaniyy pula: “...(setelah beliau menyebut hadis Razin tersebut)...al Hafiz telah mengkajinya dan menyatakan: aku tidak mengetahui halnya kerana ia tidak menyebut dua sahabat yang meriwayatkan hadis ini dan tidak mentakhrijnya….. dan di dalam al Hadyu karangan Ibn al Qayyim: Apa yang tersebar di atas lidah orang awam yang wuquf pada hari Jumaat menyamai 72 kali haji adalah riwayat yang palsu/batil tidak ada asalnya dari Rasulullah SAW juga tidak daripada mana-mana sahabat ataupun Tabiein”.

-Al Imam Ibn Hajar Al Asqalaniyy ketika mensyarahkan hadis berkenaan penurunan ayat Allah dalam surah al-Maaidah ayat 3 yang bermaksud: Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu..., dengan katanya: “... Hadis ini menjadi dalil kepada keistimewaan wuquf pada hari Jumaat berbanding dengan hari-hari lain, kerana Allah SWT telah memilih bagi Rasul yang terbaik dan amalan itu mulia dengan kemuliaan masa dan tempat. Hari Jumaat pula adalah sebaik-baik hari dalam seminggu, kerana padanya, terdapat satu saat yang mustajab padanya doa lebih-lebih lagi bagi qaul yang mengatakan ia selepas asar.
Adapun hadis yang disebut oleh Razin secara marfu’ di dalam Jami’nya: “Sebaik-baik hari adalah hari Arafah apabila jatuh pada hari Jumaat, maka ia lebih utama daripada 70 kali haji di hari selain dari hari Jumaat. Aku tidak mengetahui halnya kerana ia tidak menyebut dua sahabat yang meriwayatkan hadis ini dan tidak mentakhrijnya... secara keseluruhannya dari kedua-dua- nya ia mensabitkan kelebihan dengan yang demikian itu, Wallahu ‘alam”.

Berdasarkan pandangan-pandangan yang dipaparkan jelas kepada kita yang mengHaji akbarkan wukuf pada hari Jumaat adalah suatu yang tidak mempunyai asas yang kuat. Namun kelebihan wuquf pada hari Jumaat adalah suatu yang sabit dan diakui.

Kesimpulan
Paparan ringkas ini menunjukkan realitinya Haji akbar datang pada setiap tahun dengan datangnya hari Nahar iaitu Hari Raya Haji.
Ia menjadi agung dan besar dengan keagungan amalan haji dan korban yang dilakukan oleh umat Islam pada hari tersebut.

Wuquf pada hari Jumaat pula adalah suatu keistimewaan yang amat besar kerana ia menghimpunkan keutamaan hari wuquf dan hari Jumaat di samping keutamaan beribadat di Padang Arafah. Wallahu ‘alam.

Thursday, May 19, 2011

Koleksi Peribahasa Melayu, Simpulan Bahasa Dan Maksud

Peribahasa Melayu, Simpulan Bahasa dan Maksud

Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

Bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

Bagai Aur Dengan Tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah

Indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

Kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

Bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.

Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

Bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

Bbiar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.

Sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

Mencari Jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

Memerah Otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

Berbesar Hati
Maksud : Gembira.

Anak Buah
Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.

Tuan Rumah
Maksud : Tempat berlangsungnya sesuatu acara

Batu Penghalang
Maksud : Halangan

Darah daging
Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.

Meninggi diri
Maksud : Sombong

Bermuka Dua
Maksud : Tidak jujur.

Baik Hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

Tulang Belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan

Terang Hati
Maksud : Lekas pandai.

Rendah Hati
Maksud : Tidak sombong

Murah Hati
Maksud : Pemurah.

Tangan Kosong
Maksud : Hampa.

Lintah Darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

Anak Dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

Saturday, April 16, 2011


Yang mencapai umur 16 boleh mencapai lesen B2 (-250 kuasa kuda) dan yang 17 boleh memohon untuk mendapat Lesen Memandu D (kereta). Manakala yang berhasrat bagi mendapatkan Lesen E (Lesen Lori) harus 21 tahun sebelum boleh memohon lesen kelas ini.

Untuk kesemua ketiga-tiga jenis Lesen diatas harus lulus bahagian ujian Kod Lalulintas (Highway Code) yang berkomputer terlebih dahulu. Ujian tersebut menggunakan semada Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga menganjurkan ujian Lisan bagi mereka kurang mahir atau yang kurang berpendidikan. Dalam hal ini, berhubunglah dengan pihak Sekolah Menandu atau Institute.
Biasanya ujian lisan ini dijalankan satu-dua kali setahun di tempat-tempat tertentu. Harus diingatkan se-seorang hendaklah terlebih dulu hadiri kursus 5 jam yang dikenali sebagai K.P.P (Kursus Penilaian Pemandu) di Institut tertentu.

Andai kata anda lulus ujian komputer Kod-kod Lalulintas (Highway Code), anda sekarang berlayak menghadiri kursus Teori 6 jam. 3 jam didalam darjah dikhaskan untuk pengajaran hal enjin dan penjagaan selok-belok kenderaan.
Aspek-aspek bagaimana Jabatan Pengangkutan Jalan menguruskan ujian Praktikalnya juga dibuat dalam kelas ini.

Selepas ini, 3 jam lagi Kelas Teori ini dijalankan oleh seorang Pengajar anda. Biasanya, pengajar akan mengajar seorang calon sahaja.
Hal-hal penjagaan kenderaan seperti bahagian-bahagian tangki air, bateri, minyak brek, minyak enjin, kipas air-con, radiator (tangki air) termasuk tekanan tayar juga akan disentuh.
Selepas kursus/kelas ini, saya yakin pengetahuan and tentang hal-hal kenderaan meningkat maju. Sedah tentu pengajar yang rajin akan menunjukkan anda cara-cara betul menukar tayar yang bocor.
Bagi mendapati Lesen L memandu akan memerlukan hampir-hampir 14 hari. Lesen L (yang bertempoh 3 bulan saja) memboleh anda bermula belajar memandu.

Diingatkan anda harus menerima pengajaran memandu daripada instructor atau pengajar yang bertauliah. Ayah, abang, suami atau mereka yang berpengalaman tidak boleh merupakan sebagai pengajar.
Kini tugas diatas diserah kepada pengajar-pengajar sekolah memandu. Kenderaan-kenderaan (Kancil) bagi memyampaikan pelajaran kepada bakal penuntut juga diperlu menjalani ujian mekanikal dari masa ke semasa.
Berdasarkan kebolehan anda, anda perlu menerima antara 6 hingga 10 jam pengajaran untuk menjadikan pemandu yang mahir dan berkebolehan.

Sudah tentu pengajar anda akan mengajar anda aspek-aspek mendaki bukit, meletak kereta (side parking) dan acara pusing tiga penjuru.Akhir selepas tamatnya ketiga-tiga bahagian diajar kepada anda, pengajar kereta tuan akan menunjukkan jalan-jalan yang diguna semasa ujian oleh penguji-penguji J.P.J.
Harusnya dinyatakan disini sebelum anda diuji oleh para pegawai J.P.J, anda terlebih dulu menjalani Ujian Pra. Ujian tersebut dijalankan oleh pegawai dalaman institut.
Matlamat ujian ini bagi mengukur prestasi calon. Selapas tamat Ujian Pra bererti anda sekarang sudah boleh diuji olehj pihak J.P.J.

Ujian praktikal anda kini dijalankan di institut di mana anda buat latihan. Ujian ini dijalankan oleh kakitangan J.P.J. Keputusan akan diserah pada hari ujian itu juga.
Sekiranya gagal dalam mana-mana bahagian, anda berpeluang mengambil balik bahagian-bahagian mana anda tidak berjaya pada minggu hadapan. Sudah pasti anda terpaksa belajar sekali-dua lagi untuk meningkatkan kebolehan anda.

Saturday, April 9, 2011

Kebaikan Berkawan

Joging

     Jogging adalah latihan yang sangat baik yang manfaat tulang kita (dengan meningkatkan kepadatan tulang di bahagian bawah tubuh), otot (dengan meningkatkan kekuatan otot dan stamina dalam tubuh bawah) dan sendi (dengan menguatkan tendon dan ligamen di bahagian bawah tubuh). Hal ini juga dapat meningkatkan kapasiti paru-paru, menguatkan jantung, meningkatkan peredaran darah, meningkatkan metabolisme, membakar kalori dan bahagian yang terbaik adalah, ia melepaskan endorfin (baca lebih lanjut tentang hal itu di sini) dan mengurangkan stres.

    Namun, kerana ketegangan tambahan pada otot dan sendi daripada kesan berulang-ulang boleh menyebabkan kecederaan seperti sakit lutut dan shin splints. jogging jangka panjang pada permukaan keras boleh memainkan peranan dalam keadaan sendi degeneratif seperti osteoarthritis. Itulah sebabnya mengapa amat penting untuk memakai kasut berjalan baik yang bantal dan sokongan kaki anda.
Selalu ingat untuk pemanasan dan peregangan dengan teliti sebelum anda mula. Jika anda tidak pernah menjalankan sebelum atau sangat tidak berbentuk, jangan berlebihan. Anda boleh memulakan dengan berjalan sebahagian besar sesi dan merangkumi hanya satu minit jogging. Apabila anda menjadi bugar, anda boleh secara berperingkat meningkatkan proporsi sesi anda menghabiskan jogging. Anda juga perlu untuk bernafas sedikit lebih keras dari biasanya untuk mendapatkan lebih banyak oksigen ke dalam tubuh tetapi anda masih harus mampu menahan perbualan dengan satu saat anda jog (tanda bahawa anda tidak berlebihan hal-hal). Jika anda mendapati diri anda terlalu termengah-mengah, melambatkan atau berjalan sehingga anda telah pulih. Ketika nafas anda telah kembali ke tahap yang lebih selesa anda boleh mula jogging lagi.

Saturday, March 26, 2011

Hari Kehancuran ~HAri Kiamat~

Hari Kehancuran

Sumber : The Men Of Pen
Gambaran Hari Qiamat

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. 

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. 

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. 

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. 

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. 

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. 

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. 

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan. 

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.


Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. 

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: 

- Pemimpin yang adil. 

- Orang muda yang taat kepada perintah Allah. 

- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. 

- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. 

- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah". 

- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). 

- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.




Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan. 

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda. 

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi. 

'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat. 

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana. 

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin. 

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. 

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. 

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. 

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. 



Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab. 

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. 

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana. 

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. 

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : 

- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. 

- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. 

- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. 

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.) 

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain. 

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.



Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. 

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. 

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

Sedekah/amal jariahnya.

Doa anak²nya yang soleh.

Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


Tuesday, February 15, 2011

Kelebihan Dan Faedah Membaca Buku


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Tahukah anda ramai yang masih kurang minat membaca dalam diri mereka. Mereka menganggap yang membaca itu satu benda yang membosankan. Pertama kali semasa wahyu pertama diturunkan kepada baginda rasulullah pun menyuruh baginda untuk iqra’(membaca). Jadi kita boleh nampak betapa pentingnya membaca dalam islam. Diri saya sendiri pun kadang-kadang cepat merasa bosan apabila membaca. Saya jarang membaca buku-buku sebab kadang-kadang saya mengantuk apabila membaca buku. Tapi saya suka membaca secara online iaitu membaca di internet seperti laman web,blog,ebook dan sebagainya…
Sebenarnya membaca tak kira la membaca apa pun mempunyai banyak kelebihannya yang jarang kita nampak. Dalam artikel ini saya akan menerangkan beberapa kelebihan membaca tak kira la baca apa pun asalkan benda tu boleh dibaca. Dari buku hinggalah ke internet asalkan benda yang dibaca itu bermanfaat pasti anda akan mempunyai banyak faedahnya. Antara kelebihan dan faedah apabila membaca adalah:
1. Yang ini hampir semua orang tahu dan pernah dengar kan. Iaitu membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Dengan membaca kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang ilmu-ilmu di sekeliling kita. Tapi ianya juga bergantung kepada bahan bacaan yang dibaca juga. Kalau bahan bacaan itu berbentuk ilmiah pasti ia dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita. Ilmu pengetahuan itu pasti berguna untuk masa sekarang ataupun masa hadapan anda.

2. Sebenarnya membaca adalah satu senaman juga. Membaca adalah satu senaman minda. Anda akan menghadapi hari-hari yang tenang kerana dapat berfikir dengan baik oleh kerana anda mempunyai minda yang sihat. Jika anda menganggap yang senaman tubuh badan itu sangat penting untuk mendapat kesihatan yang sihat maka begitu la juga senaman minda ini untuk kesihatan minda anda. Dengan membaca anda akan melakukan satu proses aktif minda anda. Ini kerana anda menggunakan sel-sel dalam otak untuk berfikir dan mengaktifkan sel-sel tersebut seterusnya membuatkan minda anda menjadi lebih sihat.

3. Jika anda rajin membaca anda akan mempunyai kelebihan untuk fokus. Fokus adalah memberi tumpuan dengan sepenuhnya dalam apa saja perkara yang dilakukan. Kelebihan apabila anda dapat fokus adalah anda tidak akan kelam kabut jika menghadapi sebarang situasi ataupun masalah. Anda dapat memberi tumpuan sepenuhnya untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu. Dan sudah semestinya anda akan dapat menyelesaikan masalah itu dengan tenang.

4. Membaca akan meningkatkan memori anda. Kalau anda tidak menggunakan memori, lama-lama memori anda akan menjadi lemah. Permainan seperti teka silangkata akan mengurangkan risiko anda untuk nyanyuk di hari tua. Walaupun membaca bukan sejenis permainan, ia dapat membantu meregangkan otot-otot memori dalam cara yang sama seperti anda bermainan permainan yang menggunakan memori. Ini kerana membaca memerlukan ingatan lebih lanjut tentang apa yang anda baca itu. Secara tak langsung akan meningkatkan kekuatan memori anda.

5. Meningkatkan disiplin dalam diri adalah sukar bagi sesetengah orang. Membaca akan melatih anda untuk menjadi seorang yang berdisiplin. Ini kerana apabila anda selalu membaca anda telah membuatkan masa membaca sesuatu yang anda tahu dan anda mesti lakukan pada masa-masa tertentu. Tapi ada siapa-siapa yang membuat jadual membaca dalam sehari?anda ada buat ke?sangat sedikit yang melakukan. Itulah sebabnya apabila anda menambahkan aktiviti membaca dalam jadual seharian dan sentiasa melakukannya anda akan meningkatkan tahap disiplin dalam diri anda. Anda juga mungkin merasa tidak selesa jika tidak membaca pada satu-satu hari, itu bermakna tahap disiplin untuk membaca dalam diri anda sangat tinggi.

6. Apabila anda rajin membaca ia akan meningkatkan kreativiti dalam kotak fikiran anda sebenarnya. Anda seorang yang rajin membaca tentang kepelbagaian kehidupan dan ini akan memberikan anda inspirasi kepada idea-idea yang baru. Dengan penambahan maklumat-maklumat yang lebih ia akan membantu memajukan bahagian kreatif dalam minda anda dimana ia menyerap pembaharuan kedalam proses pemikiran. Seterusnya anda akan lebih kreatif untuk melakukan sesuatu perkara yang baru dalam hidup anda.

7. Adakah anda selalu merasa bosan?biasanya anda akan cepat untuk merasa bosan kerana anda tiada aktiviti untuk dilakukan. Tahukah anda membaca akan mengurangkan rasa bosan? Jika anda merasa bosan cuba cari bahan untuk dibaca tak kira la dari mana pun sumbernya. Mungkin apabila anda membaca sesuatu itu anda akan terjumpa sesuatu yang anda minat, maka anda akan merasa kurang rasa bosan dan seterusnya menghentikan rasa bosan anda itu.

8. Membaca akan mengurangkan stress atau tekanan. Jika anda selalu merasa tertekan ataupun banyak menghadapi masalah pasti ia akan menyusahkan hidup anda. Apabila anda membaca mungkin anda dapat melupakan seketika sesuatu masalah anda itu ataupun anda membaca sesuatu yang menghiburkan anda sudah pasti ia akan menghilangkan rasa stres dan tekanan dalam diri anda itu. Maka dapat dilihat yang membaca dapat membantu anda dari keluar tekanan dan stres.

9. Rajin membaca akan meningkatkan skil membaca dan skil tatabahasa anda. Pada mulanya memang susah untuk anda mendapat skil membaca tapi lama kelamaan anda akan menemui skil dan rentak membaca itu. Dan seterusnya akan meningkatkan keseronokan anda untuk membaca kerana anda sudah menemui skil dan rentak anda sendiri. Dengan skil dan rentak inilah anda tidak akan cepat merasa bosan malah semakin seronok untuk membaca dan terus membaca.

10. Membantu anda berkomunikasi dengan lebih baik. Ini kerana dengan dengan banyak pengetahuan yang diperolehi dari banyaknya pembacaan anda, anda akan merasa lebih yakin untuk berkomunikasi. Anda dapat menceritakan kepada orang lain apa yang anda tahu dan mengelakkan dari berdiam diri saja apabila berkomunikasi dengan orang lain. Anda juga akan merasa seronok untuk menceritakan dan berkongsi dengan orang lain tentang apa yang anda tahu.

Akhir sekali dapat la diketahui yang membaca mempunyai banyak kelebihannya yang tersendiri. Apa yang saya terangkan dalam artikel ini adalah hanya sebahagian sahaja dari banyaknya kelebihan-kelebihan membaca itu. Jadi anda patut menjadikan aktiviti membaca ini sebahagian dari kehidupan seharian anda. Semoga anda mendapat banyak faedah dan manfaat darinya.

Bacalah Buku, Kerana MEMBACA JAMBATAN ILMU

Thursday, February 10, 2011

Akhlak Mulia Nabi Muhammad SAW

“ Kehadiran Muhammad SAW sebagai pembawa dan penyampai risalah terakhir ketauhidan menjadi mukzijat wajah dunia ( terutama bangsa Arab saat itu ) dari carut marut dan penuh kejahiliyahan menjadi bangsa yang terang benderang, beradab dan penuh dengan rasa kemanusiaan dan kecintaan antara sesama. Tak heran bila dalam banyak survei tentang tokoh – tokoh yang berpengaruh dalam merubah dunia, sosok Muhammad SAW. Selalu menempati urutan teratas. Berbagai kajian ilmiah, termasuk yang dilakukan kalangan Barat, tak membantah peran tersebut,“ demikian tulis Dr. Muhammad Majdi Marjan dalam bukunya ‘ Muhammad Sang Nabi Tercinta .”

“ Michael Hart mencantumkan nama Rasulullah SAW dalam urutan pertama 100 tokoh yang paling berpengaruh di dunia, lantaran kagum dengan akhlak beliau. Rasulullah SAW tidak saja berhasil mendidik diri, keluarga dan umatnya tetapi beliau juga mampu melestarikan kekuatan teladan itu dalam setiap nadi generasi para pengikutnya. Sebelum menasehati orang lain, jauh-jauh hari beliau selalu menghiasi dirinya dengan akhlak mulia ‘ibda binafsika,‘ “ kilah Yusuf Burhanuddin pula dalam artikelnya ‘Mencintai Rasul.’
Akhlak Nabi SAW merupakan acuan akhlak yang tidak ada bandingannya. Bukan hanya dipuji oleh manusia, tetapi juga oleh Allah SWT. Hal ini dapat dilihat dalam firman-Nya : “ Dan sesunguhnya kamu ( Muhammad ) benar-benar berbudi pekerti yang agung “. ( QS ( 68 ) : 4 ). Ketika Aisyah RA ditanya tentang akhlak Nabi Muhammad SAW, ia menjawab : “ Akhlaknya adalah Al Quran “. ( HR,.Ahmad dan Muslim ). Tingkah laku Nabi SAW tercermin dalam kandungan Al Quran sepenuhnya.

Rasulullah SAW menegaskan tentang misinya : “Sesungguhnya aku diutus hanyalah untuk menyempurnakan akhlak manusia.“ Sehingga Syauqi Beik dalm kata-kata hikmahnya menyatakan : “ Sesunguhnya umat dan bangsa itu sangat tergantung pada akhlaknya. Jika baik, maka akan kuat bangsa itu. Jika rusak, maka akan hancurlah bangsa itu.“
“Ditengah –tengah berbagai problematika berat yang kini dihadapi oleh bangsa dan masyarakat, kita pun kini dihadapkan pada kenyataan semakin marak dan merajalelanya perjudian, perzinahan, minuman keras, penggunaan narkotik, dan obat-obatan terlarang lainnya. Bahkan kini Indonesia telah menjadi tujuan bisnis bagi peredaran global narkotika dan bukan lagi sekedar tempat transit,“ ujar KH. Didin Kafidhuddin MSC dalam tulisannya ‘Menyelamatkan Akhlak.‘

Diantara akhlak mulia Rasul SAW ialah pemalu. Beliau bersabda ; “Hendaklah kamu merasa malu kepada Allah SWT dengan malu yang sebenarnya. “Para sahabat menjawab : “ Ya Nabiyullah, alhamdulillah kami sudah merasa malu.“ Kata Nabi SAW : “ Tidak segampang itu. Yang dimaksud dengan malu kepada Allah SWT dengan sebenarnya malu adalah kemampuan kalian memelihara kepala beserta segala isinya, memelihara perut dan apa yang terkandung di dalamnya, banyak-banyak mengingat mati dan cobaan ( Allah SWT ). Siapa yang menginginkan akhirat hendaklah ia meninggalkan perhiasan dunia. Siapa yang telah mengamalkan demikian, maka demikianlah malu yang sebenarnya kepada Allah SWT.“ ( HR.Turmuzi dan Abdullah bin Mas’ud ).

Dalam hadis lain Nabi SAW menegaskan bahwa memelihara rasa malu kepada Allah SWT akan mendatangkan kebaikan, baik bagi orang yang memeliharanya maupun bagi orang lain. Menurut beliau : “Malu tidak akan datang kecuali dengan kebaikan“ (HR.Muslim dari Imran bin Husein ). Dengan kata lain, rasa malu akan mendidik seorang Muslim untuk menjaga perilaku, sikap maupun ucapan : “Bagi setiap agama ada akhlak. Akhlak agama Islam adalah malu,“ tegas Rasul SAW seperti diriwayatkan Imam Malik dari Zaid ibn Thalhah. Artinya rasa malu merupakan bagian yang tidak boleh terpisahkan dari diri setiap muslim.
“Begitu hilang rasa malunya, maka hilang pula kepribadiannya sebagai seorang Muslim. Ia akan terbiasa berbuat dosa, baik terang-terangan maupun tersembunyi. Makanya sangat wajar jika Rasulullah SAW. murka terhadap orang yang tak punya rasa malu, “ tutur Busman Edyar dalam tulisannya ‘Manfaat Malu‘.
“ khlak mulia Muhammadlah dan bukannya pedang, yang menyebabkan umat Muslim berjaya dan mampu menyingkirkan segala penghalang. Ketika menamatkan biografi Muhammad, saya sedih karena tak ada lagi yang bisa saya baca tentang kehidupan agung itu,“ ujar Mahatma Gandhi pemimpin spiritual umat Hidnu di India.

Dr. Aidh Abdullah Al Qarni dalam bukunya ‘Al Quran Berjalan‘ setebal 399 menyimpulkan : “Kesuksesan luar biasa besar yang ditorehkan Rasulullah SAW tidak terlepas dari kisah sukses beliau dalam memerankan diri sebagai sosok manusia yang berakhlak mulia. Akhlak inilah yang mengawali tugas-tugas mulia yang dibebankan Tuhan kepadanya.“

Dalam diri Nabi SAW terkumpul sifat-sifat utama yaitu rendah hati, lemah lembut, jujur, tidak suka mencari-cari cacat orang lain, sabar, tidak angkuh, santun dan tidak mudah mabuk pujian. Nabi SAW selalu berusaha melupakan hal-hal yang tidak berkenan di hatinya dan tidak pernah berputus asa dalam berusaha. Oleh sebab itu Nabi SAW adalah tipe ideal bagi seluruh kaum muslimin, termasuk bagi para sufi. Hal ini sesuai dengan firman Alah SWT dalam surah Al Ahzab ayat 21: “Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu yaitu bagi orang yang mengharap ( rahmat ) Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut Alah.“ Wallahualam. **

Sunday, February 6, 2011

Sejarah Form 5

BAB 1 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

1. Apakah yang dimaksudkan dengan imperialisme ?

F1 Dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya
F2 Menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu

2. Senaraikan dua keistimewaan Asia Tenggara yang mendorong imperialis Barat
menjalankan dasar imperialismenya di rantau tersebut.

F1 Kedudukannya strategik, laluan perdagangan laut antara China dengan
India
F2 Dekat dengan kawasan pasaran di India dan China
F3 Tanah yang subur untuk pertanian dagang
F4 Kaya dengan bahan mentah


3. Mengapa perkara berikut mendorong perluasan imperialisme Barat di Asia Tenggara.
(i) Penggunaan kapal wap dan Pembukaan Terusan Suez
F1 Muatan lebih banyak
F2 Mempercepat perjalanan Timur-Barat
F3 Memendekkan jarak perjalanan
F4 Perjalanan lebih selamat
F5 Menjimatkan kos
(ii) Penciptaan Telegraf
F1 Arahan kepada pegawai di tanah jajahan dengan cepat
F2 Ahli perniagaan dapat berhubung dengan wakil mereka di Timur
F3 Urusan perdagangan lebih mudah
F4 Perdagangan antarabangsa lebih pesat

4. Nyatakan nilai-nilai yang dipegang oleh kuasa Barat hingga menyebabkan persaingan
antara mereka untuk menguasai negara-negara Asia Tenggara
F1- Semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan
F2- Keluasan tanah jajahan melambangkan kekayaan & kekuatan
F3- Mereka lebih maju dan bertamadun
F4- Beban Orang Putih / Bertanggungjawab memimpin orang Timur ke arah
kesejahteraan.
F5- Tugas menyebarkan tamadun / Tanggungjawab mentamadunkan orang Timur
F6- Bertanggungjawab menyebarkan Kristian kepada penduduk tanah jajahan

5. Nyatakan ciri-ciri umum Sistem Birokrasi Barat di Asia Tenggara.

Ciri-ciri umum Sistem Birokrasi Barat di Asia Tenggara ialah
F1 menubuhkan kerajaan pusat.
F2 diketuai Gabenor Jeneral.
F3 menubuhkan biro.
F4 diketuai pegawai Barat
F5 pengenalan undang-undang Barat.

6. Nyatakan ciri-ciri birokrasi Barat yang diperkenalkan Sepanyol
di Filipina.

Ciri-ciri birokrasi Barat yang diperkenalkan Sepanyol di Filipina ialah
F1 wujud pentadbiran pusat
F2 Gabenor Jeneral pemerintah tertinggi
F3 wilayah diketuai Datuk Bandar
F4 bandar diketuai Gabenor Kecil
F5 barangay disatukan membentuk Ecomienda
F6 diketuai oleh Encomiendero
F7 Ecomeindero berperanan mengutip cukai

7. Senaraikan ciri-ciri birokrasi Barat yang diperkenalkan oleh Belanda di Indonesia.
Ciri-ciri birokrasi Barat yang diperkenalkan Belanda di Indonesia ialah
F1 wujud pentadbiran pusat
F2 diketuai oleh Gabenor Jeneral
F3 tubuh jabatan kerajaan
F4 tubuh Dewan Tempatan sebagai penasihat
F5 Volksraad ditubuhkan sebagai langkah ke arah kemerdekaan
F6 pentadbiran tempatan dikendalikan pembesar tempatan
F7 tetapi diawasi Belanda

8. Nyatakan ciri-ciri birokrasi Barat yang diperkenalkan oleh Raja
Mongkut di Thailand.

Ciri-ciri birokrasi Barat yang diperkenalkan oleh Raja Mongkut di Thailand ialah
F1 melantik 80 orang penasihat Barat
F2 penasihat kewangan dari Britain.
F3 penasihat pelabuhan dari Britain.
F4 polis dari Britain
F5 penasihat kastam dari Amerika Syarikat
F6 penasihat tentera dari Peranchis

9. Nyatakan ciri-ciri birokrasi Barat yang diperkenalkan oleh Raja Chulalongkorn di
Thailand.

Ciri-ciri birokrasi Barat yang diperkenalkan oleh Raja Chulalongkorn
F1 melantik juruaudit dari Britain
F2 menubuhkan Kabinet Menteri
F3 menubuhkan Majlis Penasihat Rendah.
F4 menubuhkan Majlis Mesyuarat Tertinggi
F5 sebagai badan penasihat raja

10. Nyatakan faktor-faktor kemunculan nasionalisme di Asia
Tenggara.

Faktor-faktor kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara
F1 menentang dasar penjajahan barat
F2 dasar ekonomi menindas penduduk
F3 Sistem Tanaman Paksa di Indonesia (Belanda)
F4 Sistem Polo di Filipina (Sepanyol)
F5 Pengaruh agama cetuskan nasionalisme
F6 Gerakan Islah di Indonesia dan Tanah Melayu
F7 karya kesusasteraan bangkitkan nasionalieme
F8 sistem pendidikan pilih kasih

11. Nyatakan ciri-ciri gerakan nasionalisme tahap pertama di
Filipina.

Ciri-ciri gerakan nasionalisme tahap pertama di Filipina ialah
F1 merupakan gerakan dakyah
F2 dipimpin oleh Jose Rizal
F3 menuntut Filipina dijadikan wilayah Sepanyol
F4 menubuh Liga Filipina
F5 menuntut kebebasan bersuara
F6 ditangkap dan dibunuh

12. Nyatakan ciri-ciri gerakan nasionalisme tahap kedua di Filipina.

Ciri-ciri gerakan nasionalisme tahap kedua di Filipina ialah
F1 dimulakan oleh Andres Bonifacio
F2 menubuhkan Katipunan
F3 untuk menyatukan bangsa Filipina
F4 mencapai kemerdekaan
F5 melancarkan revolusi bersenjata tetapi gagal
F6 menggunakan akhbar kalayan
F7 diteruskan oleh Emilio Aguinaldo
F8 bekerjasama dengan Amerika Syarikat

13. Nyatakan ciri-ciri gerakan nasionalisme tahap pertama di Indonesia.

Ciri-ciri gerakan nasionalisme tahap pertama di Indonesia ialah
F1 dipelopori oleh Raden Adjeng Kartini
F2 memajukan pendidikan wanita
F3 mendedahkan kemunduran dan penindasan Belanda
F4 dalam penulisan Seorang Puteri Jawa
F5 melalui pertubuhan Muhammadiyah
F6 matlamat menyebarkan Islam
F7 menentang penyebaran agama Kristian

14. Nyatakan ciri-ciri nasionalisme tahap kedua di Indonesia.

Ciri-ciri nasionalisme tahap kedua di Indonesia ialah
F1 diperjuangkan oleh parti radikal
F2 seperti Parti Nasional Indonesia (PNI)
F3 dipimpin oleh Soekarno
F4 menuntut kemerdekaan
F5 walaupun secara kekerasan
F6 PNI diharamkan

15. Nyatakan ciri-ciri nasionalisme tahap pertama di Thailand.

Ciri-ciri nasionalisme tahap pertama di Thailand ialah
F1 penentangan penguasaan politik kerabat diraja
F2 raja berkuasa mutlak
F3 sikap boros raja
F4 pendedahan tentang raja berpelembagaan
F5 pendidikan Barat memberi kesedaran tentang demokrasi
F6 Parti Rakyat melancarkan Revolusi Thai
F7 menamatkan raja berkuasa mutlak.


16. Nyatakan ciri-ciri nasionalisme tahap kedua di Thailand.

Ciri-ciri nasionalisme tahap kedua di Thailand ialah
F1 rakyat tidak puas hati penguasan ekonomi orang Cina
F2 dan kapitalis Barat
F3 undang-undang digubal untuk menyekat penguasaan
F3 sekolah Cina dibubarkan
F4 akhbar Cina dibubarkan
F5 penduduk tempatan digalak menguasai ekonomi
F6 jawatan terttinggi hanya untuk penganut Buddha
F7 nama Siam ditukar kepada Thailand

17. Apakah ciri-ciri seorang warganegara yang nasionalis?

Ciri-ciri seorang warganegara yang nasionalis ialah
F1 cinta akan negara
F2 bangga akan negara
F3 berani mempertahankan negara
F4 sanggup berkorban
F5 semangat kental
F6 bersifat patriotik
F7 berilmu pengetahuan

BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

1. Senaraikan faktor-faktor pemangkin nasionalisme di Tanah Melayu.

Faktor-faktor pemangkin nasionalisme di Tanah Melayu ialah
F1 pengenalan sistem politik Barat
F2 dasar pentadbiran British
F3 pendudukan Jepun yang kejam
F4 menggunakan idea baru menolak penjajahan
F5 Gerakan Pan-Islamisme sedunia
F6 kesedaran politik di Filipina
F7 perkembangan sistem pendidikan
F8 kemunculan mesin cetak
F9 penguasaan Parti Komunis Malaya (PKM)

2. Senaraikan ciri-ciri Gerakan Islah.

Ciri-ciri Gerakan Islah ialah
F1 membetulkan pandangan masyarakat terhadap Islam
F2 dipimpin oleh Syed Syeikh al-Hadi dan Syeikh Tahir Jalaludin
F3 dikenali sebagai Kaum Muda
F4 menggunakan akhbar al-Imam, Pengasuh, Saudara
F5 bergerak di Negeri-Negeri Selat (NNS)
F6 menubuhkan madrasah
F7 untuk memberikan pendidikan dunia dan akhirat

3. Apakah saranan Kaum Muda untuk memajukan orang Melayu?

Saranan Kaum Muda untuk memajukan orang Melayu ialah
F1 menjana ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia
F2 menekankan pendidikan dunia dan akhirat
F3 mempelajari mata pelajaran Fardu Ain, Ilmu Hisab dan bahasa Inggeris
F4 menggalakan pendidikan untuk perempuan
F5 mengkritik penjajah
F6 mengkritik raja dan pembesar Melayu
F7 memajukan ekonomi, pendidikan, politik dan social

4. Bagaimanakah Kaum Muda menyampaikan ideanya?

Kaum Muda menyampaikan ideanya dengan
F1 menubuhkan madrasah
F2 menekankan pendidikan dunia dan akhirat
F3 peluang belajar kepada perempuan
F4 melalui akhbar al-Imam
F5 mengeluarkan buku dan risalah
F6 berdakwah

5. Jelaskan halangan yang dihadapi Kaum Muda dalam
menyebarkan ideanya.

Halangan yang dihadapi Kaum Muda dalam menyebarkan ideanya
F1 ditentang Kaum Tua
F2 British turut mehalang
F3 negeri-Negeri Melayu mengeluarkan undang-undang
F4 tidak dibenarkan berdakwah tanpa kebenaran sultan
F5 risalah dan buku Kaum Muda disekat

6. Senaraikan akhbar yang meniupkan semangat kebangsaan sebelum Perang Dunia Kedua.
F1 Majlis
F2 Utusan Melayu
F3 Warta Malaya
F4 Warta Negara
F5 Lembaga Malaya
F6 Fajar Sarawak

7. Nyatakan peranan akhbar membangkitkan semangat nasionalisme Tanah Melayu.

Peranan akhbar membangkitkan semangat nasionalisme Tanah Melayu ialah
F1 memajukan pendidikan tinggi orang Melayu
F2 menggalakkan pendidikan anak perempuan
F3 menggalakkan tabungan untuk pendidikan anak
F4 menggalakkan syarikat kerjasama
F5 menyeru orang Melayu supaya berjimat cermat
F6 mengkritik pembesar dan Raja Melayu
F7 mengkritik British mengurangkan kuasa raja Melayu

8. Senaraikan persatuan yang ditubuhkan di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.

F1 Kesatuan Melayu Singapura (KMS)
F2 Persatuan Melayu Selangor
F3 Persatuan Melayu Perak
F4 Persatuan Melayu Sarawak
F5 Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM)
F6 Kesatuan Melayu Muda (KMM)

9. Apakah matlamat perjuangan Kesatuan Melayu Muda (KMM)?
F1 mendapatkan kemerdekaan negara
F2 menggalakan perpaduan pemuda Melayu
F3 meningkatkan tahap pendidikan
F4 menubuhkan Melayu Raya

10. Bagaimanakah KMM berusaha untuk mencapai matlamat perjuangan?

KMM berusaha untuk mencapai matlamat perjuangan dengan
F1 bekerjasama dengan Jepun
F2 menghalau British
F3 menjadi badan propaganda Jepun
F4 membeli Warta Malaya
F5 untuk menyebarkan propaganda
F6 membuka cawangan KMM
F7 mengelilingi Tanah Melayu untuk mendapatkan sokongan
F8 membentuk tentera semut

11. Mengapakah persatuan sangat berkesan dalam meniup semangat kebangsaan?
F1 Beroganisasi F2 matlamat jelas
F3 ahli ramai F4 suara ramai
F5 Dianggotai intelek F6 mengatasi masalah bersama

12. Nyatakan tindakan Jepun untuk menyekat semangat kebangsaan di Tanah Melayu.

Tindakan Jepun untuk menyekat semangat kebangsaan di Tanah Melayu ialah
F1 dasar pemerintahan ketenteraan
F2 tindakan yang kejam
F3 mengharamkan semua akhbar
F4 menggunakan nama Jepun pada akhbar
F5 menyekat kebebasan bersuara
F6 kebebasan kepada pertubuhan yang menyokong
F7 menggunakan bahasa Jepun di sekolah

13. Senaraikan gerakan anti Jepun di Tanah Melayu.
F1 MPAJA
F2 Pasukan Bintang Tiga
F3 Force 136
F4 Pasukan Wataniah Pahang

14. Pada pendapat anda, apakah peranan media cetak dalam menyemai semangat
paatriotisme warga Malaysia.
F1 Melalui penerbitan akhbar, majalah dan novel
F2 Menyampaikan idea perjuangan
F3 Membangkitkan isu-isu kemunduran masyarakat
F4 Menganjurkan pertandingan
F5 Melahirkan ramai tokoh kewartawanan
F6 Komited dan sedar mengenai nasib bangsanya

BAB 6 : PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA


1. Terangkan faktor-faktor pembentukan Malaysia pada tahun 1963.

Faktor pembentukan Malaysia pada tahun 1963 ialah

Faktor politik
F1 menghalang pengaruh komunis di Singapura
F2 mempercepat kemerdekaan Singapura, Sabah,Sarawak
F3 proses dekolonisasi
F4 arahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
F5 menstabilkan politik di Asia Tenggara

Faktor ekonomi
F6 pasaran luas
F7 galakan pelaburan
F8 memanfaat keistimewaan
F9 memanfaat kekayaan seperti bijih timah
F10 menikmati pembangunan

Faktor sosial
F11 Mewujudkan kesepakatan
F12 Semangat setia kawan
F13 Majukan anggota belum membangunkan
F14 Imbangi jumlah kaum
F15 Antara Melayu dan bukan Melayu

2. Jelaskan reaksi Singapura terhadap pembentukan Malaysia.

Reaksi Singapura terhadap pembentukan Malaysia ialah
F1 PAP dan Lee Kuan Yew
F2 bimbang pengaruh Barisan Sosiolis
F3 Barisan Sosiolis menentang
F4 menganggap penjajahan baru
F5 menuntut pandangan rakyat
F6 referendum diadakan
F7 rakyat Singapura setuju menyertai Malaysia

3. Jelaskan reaksi Sarawak dan Sabah terhadap gagasan Malaysia.

Reaksi Sarawak dan Sabah terhadap gagasan Malaysia ialah
F1 reaksi awal menolak
F2 ingin kekal di bawah British
F3 SUPP bimbang Sabah dan Sarawak dikuasai Persekutuan Tanah Melayu
F4 UMNO bimbang penguasaan orang Melayu
F5 mahukan merdeka dahulu
F6 akhirnya semua parti setuju kecuali SUPP

4. Jelaskan langkah-langkah pembentukan Malaysia.

Langkah-langkah pembentukan Malaysia ialah
F1 lawatan Tunku Abdul Rahman ke Sabah dan Sarawak
F2 menerangkan tujuan penubuhan
F3 mengadakan rundingan antara pegawai British, Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan
Singapura
F4 Penubuhan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK)
F5 berperanan menerangkan kepada orang ramai tentang gagasan Malaysia
F6 mengumpulkan pandangan penduduk
F7 menubuhkan Suruhanjaya Cobbold (1962)
F8 dipengerusikan oleh Lord Cobbold
F9 bertujuan meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia
F10 satu per tiga menyokong tanpa syarat
F11 satu per tiga inginkan kemerdekaan dahulu
F12 penentukan tarikh penubuhan Malaysia
F13 bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan
F14 penubuhan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
F15 membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah
F16 penubuhan Suruhanjaya PBB
F17 meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah
F18 majoriti rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju

5. Apakah inti pati Perjanjian Malaysia 1963?

Inti pati perjanjian Malaysia 1963 ialah
F1 hal ehwal luar adalah kuasa persekutuan
F2 agama Islam agama Persekutuan kecuali Sabah dan Sarawak
F3 agama lain bebas diamalkan
F4 bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan
F5 bahasa Inggeris dan bahasa lain masih boleh digunakan
F6 taraf yang sama dengan orang Melayu di Tanah Melayu
F7 Singapura memperoleh 15 kerusi perwakilan parlimen

6. Apakah kebaikan penubuhan Malaysia kepada rakyat hari ini?

Kebaikan penubuhan Malaysia kepada rakyat hari ini ialah
F1 keluasan negara bertambah
F2 bilangan penduduk bertambah
F3 pertahanan negara lebh kukuh
F4 komunis dapat dibanteras
F5 penjajahan asing ditamatkan
F6 merapatkan hubungan antara kaum
F7 memperkaya budaya negara
F8 meluaskan pasaran dalam negara
F9 sumber hasil diperkaya
F10 negeri-negeri yang kurang maju dibangunkan

BAB 7 SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

1. Jelaskan maksud institusi Raja Berpelembagaan.

Maksud institusi Raja Berpelembagaan ialah
F1 sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan perlembagaan
F2 bertindak berasaskan perlembagaan
F3 nasihat perdana Menteri
F4 tidak boleh bertindak sendirian
F5 kecuali perkara tertentu ikut budi bicara

2. Bagaimanakah Yang Di Pertuan Agong (YDPA) dipilih?

Cara Yang Di Pertuan Agong (YDPA) dipilih ialah
F1 dipilih daripada 9 raja-raja Melayu
F2 secara bergilir
F3 secara sulit oleh raja-raja Melayu
F4 mengikut peruntukan perlembagaan
F5 memegang jawatan 5 tahun
3. Nyatakan bidang kuasa Yang Di Pertuan Agong.

Bidang kuasa Yang Di Pertuan Agong ialah
F1 ketua negara Malaysia
F2 ketua agama Islam bagi negeri Melaka
F3 Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata
F4 melantik Perdana Menteri, Jemaah Menteri, Peguam Negara
F5 mentauliah duta
F6 mengisytihar undang-undang darurat
F7 memelihara hak istimewa orang Melayu
F8 membubar parlimen

4. Apakah yang dimaksudkan dengan badan perundangan?

Maksud badan perundangan ialah
F1 Parlimen
F2 terdiri YDPA, Dewan Negara dan Dewan Rakyat
F3 Parlimen berperanan menggubal undang-undang
F4 dinamakan akta

5. Nyatakan ciri-ciri Dewan Negara.

Ciri-ciri Dewan Negara ialah
F1 dewan tertinggi
F2 mengandungi 69 orang ahli
F3 40 ahli dilantik Yang di-Pertuan Agong
F4 Ahli digelar Senator
F5 tempoh keanggotaan 3 tahun
F6 berumur sekurang-kurangnya 30 tahun
F7 taraf sama dengan Ahli Parlimen
F8 boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri

6. Nyatakan ciri-ciri Dewan Rakyat.

Ciri-ciri Dewan Rakyat ialah
F1 ahlinya dipilih rakyat dalam pilihan raya
F2 mewakili kawasan pilihan raya
F3 tempoh keanggotaan lima tahun
F4 tugas menggubal undang-undang
F5 berumur sekurang-kurangnya 21 tahun
F6 mengandungi 219 orang ahli

7. Nyatakan proses penggubalan undang-undang oleh Parlimen.

Proses penggubalan undang-undang oleh Parlimen ialah
F1 cadangan oleh kementerian
F2 rang undang-undang oleh Peguam Negara
F3 bacaan pertama di Dewan Rakyat bagi baca tajuk
F4 bacaan kedua di Dewan Rakyat dibahaskan
F5 perbincangan terperinci oleh Jawatankuasa di Dewan Rakyat
F6 bacaan ketiga di Dewan Rakyat. Dibahaskan semula dan diluluskan
F7 pembentangan di Dewan Negara
F8 diperkenankan oleh YDA
F9 pewartaan dalam Warta Kerajaan

8. Jelaskan ciri-ciri badan pelaksana.

Ciri-ciri badan pelaksana ialah
F1 pembuat dasar tertinggi negara
F2 terdiri daripada Jemaah Menteri /Kabinet
F3 diketuai Perdana Menteri
F4 Menteri mengetuai kementerian
F5 Menteri dibantu oleh Timbalan Menteri
F6 KSN mengawasi perjalanan kementerian
F7 kakitangan awam melaksanakan dasar kerajaan

9. Apakah peranan mahkamah?

Peranan mahkamah ialah
F1 mentafsir perlembagaan Negara
F2 melaksanakan undang-undang
F3 mentafsir undang-undang
F4 mengisytiharkan undang-undang persekutuan atau negeri
F5 mengisytiharkan tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang

10. Jelaskan ciri-ciri hakim.

Ciri-ciri hakim ialah
F1 dilantik YDA
F2 dengan nasihat Perdana Menteri
F3 dilindungi daripada pengaruh politik
F4 bagi menjamin keadilan
F5 dan kesaksamaan undang-undang
F6 tidak dibenarkan terlibat dalam politik

11. Apakah peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)?

Peranan SPR ialah
F1 menjalankan pilihan raya umum atau pilihan raya kecil
F2 dengan adil, dan saksama
F3 menjalankan pendaftaran pemilih
F4 menentukan sempadan pilihan raya

12. Apakah syarat untuk menjadi calon dalam pilihan raya?

Syarat untuk menjadi calon dalam pilihan raya ialah
F1 warganegara Malaysia
F2 berumur 21 tahun
F3 bermastautin di Malaysia
F4 sempurna akal
F5 bukan orang muflis
F6 tidak disabitkan dengan kesalahan mahkamah
F7 tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam
F8 mengemukakan kertas penamaan calon

13. Apakah syarat-syarat untuk menjadi pengundi?

Syarat-syarat untuk menjadi pengundi ialah
F1 berumur 21 tahun
F2 bermastautin atau tidak bermastautin
F3 mendaftar daftar pemilih
F4 pasukan keselamatan mengundi melalui pos

14. Mengapakah pilihan raya kecil diadakan?

Pilihan raya kecil diadakan kerana
F1 kematian wakil rakyat
F2 peletakan jawatan wakil rakyat
F3 pelucutan jawatan wakil rakyat

15. Mengapakah negara kita mengadakan pilihan raya?

Negara kita mengadakan pilihan raya kerana
F1 melibatkan rakyat memilih pemimpin negara
F2 menentukan bentuk kerajaan
F3 menjamin kerajaan yang cekap
F4 melaksanakan sistem demokrasi

16. Nyatakan maksud lambang pada jata negara.

Maksud lambang pada jata negara ialah
F1 harimau – keberanian
F2 pokok Melaka – negeri Melaka
F3 pokok Pinang – Pulau Pinang
F4 bulan sabit – Islam agama rasmi
F5 Bintang – 14 negeri dalam Malaysia
F6 lima bilah keris – Perlis, Kedah, Kelantan,Terengganu, Johor
F7 bunga raya – bunga kebangsaan

17. Mengapakah cogan kata negara ditulis dalam tulisan Jawi?

Cogan kata negara ditulis dalam tulisan Jawi kerana
F1 tulisan pertama negara
F2 identiti bangsa
F3 warisan bangsa dan budaya

18. Jelaskan latar belakang penghasilan bendera negara.

Latar belakang penghasilan bendera negara ialah
F1 dipilih melalui pertandingan
F2 oleh Majlis Perundangan Persekutuan
F3 reka bentuk En. Muhamad bin Hamzah dipilih
F4 berkibar pertama kali di Istana Selangor

19. Bagaimanakah anda boleh mengambil inspirasi daripada cogankata negara bersekutu
bertambah mutu?

Inspirasi daripada cogankata bersekutu bertambah mutu ialah
F1 perpaduan membawa kekuatan
F2 bersatupadu menjamin keharmonian negara
F3 perpaduan pemangkin pembangunan
F4 bersatupadu membentuk kesejahteraan
F5 perpaduan menjamin keamanan

20. Mengapakah Jata Negara penting kepada negara?

Jata Negara penting kepada negara kerana
F1 lambang kemegahan penduduk
F2 lambang rasmi negara
F3 identiti sesebuah negara
F4 menjadi kebanggaan warga negara
F5 simbol perpaduan
F6 lambang kedaulatan negara
F7 memangkin semangat patriotik rakyat

21. Jelaskan maksud pada lambang bendera negara kita.

Maksud pada lambang bendera negara kita ialah
F1 Merah – berani
F2 Putih – kesucian
F3 Biru – perpaduan
F4 Kuning – kedaulatan raja
F5 Bulan sabit – Islam agama rasmi
F6 Bintang pecah 14 – gabungan 14 negeri

22. Apakah tanggungjawab rakyat kepada bendera kebangsaan?

Tanggungjawab rakyat kepada bendera kebangsaan ialah
F1 menghargai
F2 menghormati
F3 memuliakan
F4 mengibarkan
F5 memahami maksud lambang negara

23. Mengapakah negara kita mempunyai bendera kebangsaan?

Negara kita mempunyai bendera kebangsaan kerana
F1 membangkitkan semangat patriotik
F2 menimbulkan rasa bangga terhadap negara
F3 tanda ketaatan dan negara
F4 lambang kemegahan penduduk
F5 lambang rasmi negara
F6 identiti sesebuah negara
F7 simbol perpaduan

24. Apakah mesej dalam lagu kebangsaan negara kita?

Mesej dalam lagu kebangsaan negara kita ialah
F1 mencintai negara kita
F2 bangga terhadap negara
F3 setia pada negara
F4 metaati raja
F5 mengamal hidup bersatu
F6 memajukan diri dan negara
F7 bersyukur kepada tuhan

25. Mengapakah setiap negara mempunyai lagu kebangsaan?

Setiap negara mempunyai lagu kebangsaan kerana
F1 memupuk kesetiaan rakyat
F2 melahirkan rasa bersyukur
F3 menyemai sikap sanggup berkorban
F4 membangkitkan semangat patriotik
F5 menimbulkan rasa bangga
F6 Simbol perpaduan, kebanggaan dan kedaulatan

BAB 8 PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN

1. Apakah tujuan Rukun Negara dibentuk?

Tujuan Rukun Negara dibentuk ialah
F1 mengukuhkan perpaduan
F2 memelihara hidup diplomatik
F3 mencipta masyarakat yang adil
F4 menjamin sikap liberal terhadap tradisi budaya
F5 membina masyarakat yang menggunakan sains dan teknologi

2. Nyatakan lima prinsip Rukun Negara.

Lima prinsip Rukun Negara ialah
F1 Kepercayaan kepada Tuhan
F2 Kesetiaan kepada raja dan negara
F3 Keluhuran perlembagaan
F4 Kedaulatan undang-undang
F5 Kesopanan dan kesusilaan

3. Jelaskan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Prinsip-prinsip Rukun Negara ialah
F1 kepercayaan kepada Tuhan
F2 agama Islam agama rasmi tetapi agama lain boleh diamalkan
F3 kesetiaan kepada raja dan negara
F4 rakyat setia kepada raja dan negara
F5 keluhuran perlembagaan
F6 perlembagaan undang-undang utama
F7 kedaulatan undang-undang
F8 rakyat mesti hormati undang-undang

4. Apakah cadangan yang dikemukakan dalam Penyata Razak 1956?

Cadangan yang dikemukakan dalam Penyata Razak 1956 ialah
F1 sekolah umum rendah menggunakan bahasa Melayu
F2 sekolah jenis umum rendah menggunakan bahasa Inggeris, Tamil dan Cina
F3 sekolah menengah Melayu menggunakan bahasa Melayu
F4 sekolah menengah Inggeris menggunakan bahasa Inggeris
F5 bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diajar di semua sekolah
F6 Kurikulum diseragamkan

5. Nyatakan cadangan Laporan Rahman Talib dalam usaha memupuk semangat perpaduan.

Cadangan Laporan Rahman Talib dalam usaha memupuk semangat perpaduan ialah
F1 sekolah umum menjadi sekolah kebangsaan
F2 sekolah rendah menggunakan bahasa Melayu
F3 bahasa Melayu digunakan di semua sekolah menengah
F4 pelajaran agama Islam diajar jika ada pelajar lebih 15 orang
F5 bahasa Cina dan Tamil diajar jika ada pelajar lebih 15 orang
F6 peperiksaan awam dalam bahasa kebangsaan
F7 pelajaran percuma kepada semua pelajar sekolah rendah

6. Nyatakan kandungan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974.

Kandungan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974 ialah
F1 menekankan kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M)
F2 kenaikan darjah secara automatik
F3 bahasa Melayu mata pelajaran wajib dalam peperiksaan
F4 sukatan pelajaran sekolah swasta disamakan
F5 kokurikulum dan disiplin asas perpaduan
F6 penekanan sekolah vokasional

7. Jelaskan usaha untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu.

Usaha untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu ialah
F1 dijadikan bahasa kebangsaan
F2 Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ditubuhkan
F3 Minggu Bahasa diadakan
F4 menjadi bahasa pengantar di sekolah menengah
F5 menubuhkan UKM
F6 digunakan di mahkamah
F7 meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan


8. Nyatakan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Hasrat yang terkandung dalam FPK ialah
F1 memperkembang potensi individu
F2 secara menyeluruh
F3 melahirkan insan yang seimbang
F4 dan harmonis
F5 dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI)
F6 patuh kepada tuhan
F7 berilmu pengetahuan
F8 berakhlak mulia

9. Nyatakan cabaran dalam Wawasan 2020.

Cabaran dalam Wawasan 2020 ialah membina masyarakat yang
F1 bersatu padu
F2 berjiwa bebas, tenteram, yakin
F3 demokratik dan matang
F4 bermoral dan beretika
F5 liberal dan bertoleransi
F6 maju dan saintifik
F7 berbudaya penyayang
F8 adil dan saksama ekonomi
F9 makmur

10. Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri warganegara yang diperlukan untuk mencapai
Wawasan 2020?

Pada pendapat saya, ciri-ciri warganegara yang diperlukan untuk mencapai Wawasan 2020 ialah
F1 bersatu padu
F2 berilmu pengetahuan
F3 kreatif dan inovatif
F4 bersifat patriotik
F5 bersifat penyayang
F6 berkeyakinan tinggi
F7 mengamalkan nilai murni

BAB 9 MALAYSIA DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA PERANG DUNIA PERTAMA
Topik PENGUASAAN

1. Nyatakan sebab-sebab berlaku Perang Dunia Pertama.

Sebab-sebab berlaku Perang Dunia Pertama ialah
F1 nasionalisme yang kuat di Eropah
F2 persaingan meluaskan tanah jajahan
F3 persaingan meluaskan pengaruh
F4 persaingan dalam ekonomi
F5 mendapatkan bahan mentah
F6 mencari kawasan pasaran baru
F7 pembentukan sistem pakatan di Eropah


2. Jelaskan kesan-kesan Perang Dunia Pertama.

Kesan-kesan Perang Dunia Pertama ialah
F1 Perjanjian Versailies ditandatangani
F2 peta Eropah berubah
F3 Liga Bangsa terbentuk
F4 inflasi berlaku
F5 masalah pengangguran
F6 hutang perang yang tinggi
F7 pemerintahan beraja ditamatkan


3. Nyatakan kepentingan dasar luar Malaysia.

Kepentingan dasar luar Malaysia ialah
F1 menjamin keselamatan rakyat
F2 menjamin keselamatan negara
F3 mengekalkan kedaulatan negara
F4 memelihara kepentingan nasional
F5 menggalakkan pembangunan
F6 meluaskan pasaran
F7 mengekalkan keamanan sejagat

4. Nyatakan faktor-faktor penggubalan dasar luar Malaysia.

Faktor-faktor penggubalan dasar luar Malaysia ialah
F1 faktor sejarah
F2 Melaka pernah berdagang dengan China
F3 mengamalkan dasar pro-Barat dan anti komunis
F4 faktor ekonomi
F5 mengamalkan pasaran bebas
F6 faktor politik
F7 mengamal prinsip demokrasi berparlimen
F8 Malaysia berpegang kepada prinsip keamanan sejagat


5. Nyatakan matlamat penubuhan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).

Matlamat penubuhan OIC ialah
F1 mengeratkan hubungan negara-negara Islam
F2 bersuara bagi kepentingan umat Islam
F3 mengekalkan keamanan antara negara-negara Islam
F4 memastikan tempat suci Islam dihormati

6. Apakah peranan Malaysia dalam OIC?

Peranan Malaysia dalam OIC ialah
F1 Tunku Abdul Rahman menjadi setiausaha pertama
F2 menjadi tuan rumah Persidangan OIC
F3 menyokong perjuangan rakyat Palestin yang ditindas Israel
F4 orang tengah menyelesaikan Perang Iran-Iraq
F5 menubuhkan Universti Islam Antarabangsa (UIA)
F6 memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar OIC
F7 mengesyorkan penggunaan dinar emas

7. Apakah faedah Malaysia menganggotai OIC?

Faedah Malaysia menganggotai OIC ialah
F1 mendapat pinjaman Bank Pembangunan Islam
F2 melaksanakan projek pembangunan
F3 mendapat bantuan menubuhkan UIA
F4 mendapat pengiktirafan daripada negara-negara OIC
F5 menjalin hubungan rapat
F6 memelihara tempat suci orang Islam
F7 menjadi tuan rumah persidangan

8. Apakah prinsip perjuangan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)?

Prinsip perjuangan NAM ialah
F1 mengelakkan campurtangan asing dalam hal ehwal sesebuah negara
F2 menghormati kedaulatan sesebuah negara
F3 menyelesaikan persengketaan melalui perundingan
F4 menghormati hak asasi Malaysia

9. Nyatakan usul Malaysia yang dikemukakan dalam sidang Kemuncak NAM.

usul Malaysia yang dikemukakan dalam sidang Kemuncak NAM ialah

F1 isu Palestin yang ditindas Israel
F2 benua Antartika dijadikan warisan dunia
F3 dasar Apartied di Afrika Selatan
F4 serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq
F5 kerjasama ekonomi negara anggota
F6 menghidupkan kembali NAM

10. Apakah kejayaan Malaysia selaku tuan rumah siding Kemuncak NAM ke-13?

Kejayaan Malaysia selaku tuan rumah sidang Kemuncak NAM ke-13 ialah
F1 penyertaan tertinggi negara anggota
F2 mendaftar negara baru Timur Leste dan Pulau Catalina
F3 menganjurkan mesyuarat tidak rasmi OIC
F4 Deklarasi Kuala Lumpur untuk menghidupkan kembali NAM
F5 penyataan bersama tentang kedudukan Palestin
F6 penyataan bersama tentang serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq

11. Nyatakan faedah yang diperolehi Malaysia sebagai anggota komanwel.

Faedah yang diperoleh Malaysia sebagai anggota Komanwel ialah
F1 perjanjian pertahanan Malaysia dengan Britain
F2 bantuan tentera menghapuskan PKM
F3 bantuan pertahanan semasa konfrontasi
F4 Cukai rendah ke atas eksport
F5 menerima bantuan teknikal dan biasiswa melalui Rancangan Colombo
F6 tuan rumah Sukan Komanwel 1998
F7 tuan rumah mesyuarat CHOGM 1989

12. Apakah tanggungjawab anda sebagai warga global?

Tanggungjawab saya sebagai warga global ialah
F1 mematuhi undang-undang
F2 menghormati hak asasi manusia
F3 mengelakkan pencemaran
F4 menderma wang bantuan bencana alam
F5 menyokong usaha keamanan sejagat