Link Al-Quran Explorer!

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

Wednesday, June 23, 2010

Tokoh Astronomi Yunani

ANAXIMANDER ( 610-546 SM)
Seorang ilmuwan Yunani yang sering disebut sebagai ' Bapa Ilmu Astronomi'. Beliau menganggap bentuk Bumi sebagai silinder dan angkasa berputar setiap hari mengelilinginya.
ARITARCHUS ( abad ke-3 SM)

Seorang ilmuwan Yunani yang percaya bahawa Matahari adalah pusat alam semesta Beliau orang pertama yang menghitung ukuran relatif Matahari, Bumi dan Bulan. Beliau juga menemukan bahawa diameter bulan lebih 30% diameter Bumi ( sangat dekat dengan nilai sebenarnya iaitu 27 kali diameter bumi). Beliau juga memperkirakan bahawa Matahari memiliki diameter 7 kali Bumi. Ini kira-kira 15 kali lebih kecil daripada ukuran sebenar yang kita ketahui saat ini.
ARISTOTELES ( 384-322 SM)
Beliau percaya bahawa matahari, bulan dan planet-planet mengitari bumi pada permukaan serangkaian bola angkasa yang rumit. Beliau mengetahui bahawa bumi dan bulan berbentuk bola dan bulan bersinar dengan memantulkan cahaya matahari, tetap beliau tidak percaya bahawa bumi bergerak dalam Antariksa ataupun bergerak dengan porosnya.
ERATOSTHENES ( 276-196 SM)
Seorang ahli astronomi yang pertama mengukur besarnya bumi secara teliti. Beliau mencatat perbedaan ketinggian matahari di langit sebagaimana terlihat pasa tanggal yang sama dari dua tempat pada garis utara-selatan yang jaraknya diketahui. Dari pengamatannya, beliau menghitung bahawa bumi mestinya bergaris tengah 13,000km. Hampir tepat dengan angka yand sebenarnya. (12,756,28 km pada khatulistiwa).
HIPPARCHUS ( abad ke-2 SM )

Seorang ahli astronomi yang dianggap terbesar di jamannya. Beliau membuat sebuah katalog tentang 850 bintang dengan teliti yang dibahagi kepada enam kelompok kecerlahan atau megnitud, bintang paling cerlah dengan megnitud 1 dan yang paling lemah ( yang tampak dengan mata telanjang) dengan megnitud 6. Suatu sistem megnitud yang masih sesuai digunakan sehingga sekarang. Hipparchus menemui posisi bmi agak goyah di antariksa, suatu efek yang disebut Presesi.

PTOLEMAEUS ( abad ke-2 SM )
Seorang ilmuwan yang menyusun gambaran buku mengenai Alam Semesta yang dipakai oleh para ahli astronomi hingga zaman Renaissance. Menurut beliau, matahari, bulan, dan planet-planet beredar mengelilingi bumi dengan satu sistem yang rumit. Teori ini akhirnya ditentang dan dibuktikan kesalahan oleh pandangan Copernicus. Beliau menulis ensiklopedia besar astronomi Yunani yang disebut Almagest.
PYTHAGORAS ( abad ke-6 SM)
Seorang ilmuwan yang diketahui sebagai yang pertama menvetuskan gagasan bahawa bumi berbentuk bola. Beliau percaya bahawa bumi terletak di pusat alam semesta dan benda-benda angkasa lain beredat mengelilingi bumi.
TEOREM PYTHAGORAS
Salah satu peninggalan Pythagoras yang terkenal adalah teorem Pythagoras, yang menyatakan bahawa kuadrat hipotenusa dari suatu segitiga siku-siku adalah sama dengan jumlah kuadrat dari kaki-kakinya ( sisi siku). Walaupun fakta di dalam teorem ini telah banyak diketahui sebelum lahirnya Pytahgoras, namun teorem ini dikreditkan kepada Pythagoras kerana beliau yang pertama membuktikan pengamatan ini secara matematik.

No comments:

Post a Comment