Link Al-Quran Explorer!

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

Thursday, December 30, 2010

Al-Khawarizmi

AL-KHAWARIZMI
Nama lengkap Mohammad Ibn Musa al-Khawarizmi. Beliau dilahirkan di bahagian Kath Khwarizm ( Kheva, Uzbekistan), selatan Aral Sea di Asia Tengah. Gelaran Al-Khawarizmi yang dikenali di Barat ialah al-Cowarizmi, al-Karismi, al-Goritmi atau al-Gorism. Nama al-Gorism terkenal pada abad pertengahan. Di negara Perancis pula al-Gorism muncul sebagai Augryam atau Angrism. Di negara Barat pula beliau dikenali sebagai Aurym atau Augrin.
Ibu bapanya berhijrah ke sebuah kawasan di selatan Baghdad semasa beliau masih kecil lagi. Gelaran al-Khawarizmi diberi kepada beliau sempena tempat kelahirannya iaitu Khath, sebahagian daripada daerah Khawarizmi. Khath ini telah lenyap akibat ditengelami pasir. Tahun 780-850 adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi. Dicatatkan, beliau meninggal dunia antara 220M dan 230M. Ada yang mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad ke-9.
Al-Khawarizmi ialah seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas meliputi bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia. Beliau sebagai guru aljabar di Eropah. Beliau telah menciptakan pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Ma'mun, di Bayt al-Hikmah, Baghdad. Beliau telah dinobatkan sebagai Ahli Falak Diraja atas sumbangan dan kajian beliau. Beliau dikenali sebagai al-Khawarizmi dalam kalangan ahli sains dan merupakan seorang ahli sains yang terulung dalam ilmu matematik selain juga merupakan seorang ahli astronomi dan geografi.
Dalam bidang ilmu matematik, beliau dikenali kerana memperkenalkan konsep matematik algorithm. Hasil kerjanya di dalam ilmu algebra sangat cemerlang dan beliau tidak hanya mempunyai inisiatif terhadap subjek pembentukan sistematik, tetapi juga bertanggungjawab membangunkan penyelesaina  analtikal dan juga pengembangan garis lurus serta persamaan kuadratik. Persamaan kuadratik merupakan satu persamaan di mana kuasa dua tanpa kuasa lebih tinggi digunakan. Kejayaan ini akhirnya dijadikan sebagai pengasa ilmu Algebra. Nama algebra diambil daripada buku beliau yang sangat popular iaitu Al-Jabr wa al-Muqabilah. Beliau turut menjelaskan dengan teliti kegunaan sifar dalam sistem angka yang dibangunkan orang Arab selain membangunkan sistem perpuluhan.
KITAB AL-JABR WA AL-MUQABILAH


Bidang astronomi juga membuatkan al-Khawarizmi dikenali pada zaman tamadun Islam. Astronomi dapat ditakrifkan sebagai ilmu falak iaitu pengetahuan tentang bintang-bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta tefsiran yang berkaitan dengan bintang. Antara hasil kerja beliau ialah membuat penyemakan dan memperkemaskan semula ilmu astronomi pada ketika itu dan membetulkan pelbagai pandangnan Ptolemy. Beliau juga menghasilkan peta dunia pertama yang telah diterokai pada zaman itu. Beliau telah menghitung isi padi dan ukur lilit bumi, mencipta alat penentu kedudukan bintang, sukatan masa dan jam matahari.
Hasil penemuannya dibukukan dan beberapa daripadanya telah diterjemahkan dalam bahasa Latin pada awal kurun ke-12. Beberapa bukunya mengenai kira-kira, Kitab al-Jam'wal Tafreeq Bil Hisab al Hindi telah hilang di benua Arab namun ilmu mengenainya masih boleh diperolehi dalam buku terjemahan ke dalam bahasa Latin ini. Bukunya mengenai Algebra iaitu Al-Maqala Hisab wa al-Muqalabah juga telah diterjemahkan dalam bahasa Latin dan ia adalah jemahan yang diperkenalkan ke dunia sains baru kepada Barat.
FORMULA ILMU HISAB

Hasil kerjanya dalam ilmu falak turut telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Eropah dan kemudian ke dalam bahasa Cina. Buku geografinya, kitab surat al-Ard bersama sama peta lakarannya juga telah diterjemahkan. Beliau turut menulis kalendar Yahudi, Istkhraj Tarikh al-Yahud selain menulis kitab al_tarikh dan buku mengenai alat yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari iaitu Kitab al-Rukhmat. Malangnya kedua-dua buku tersebut telah hilang.
Pengaruh al-Khawarizmi dalam perkembagan ilmu sains khususnya matematik, astronomi dan geografi kini menjadi lakaran sejarah. Beliau dianggap sebagai sarjana matematik yang masyhur oleh orang Islam dan is diperakui oleh sarjana Barat. G. Sarton pernah menyatakan bahawa pencapaian tertinggi telah diperoleh oleh orang-orang Timur terutama al-Khawarizmi. Wiedmann pula menyifatkan al-Khawarizmi mempunyai personaliti yang teguh dan seorang yang bijaksana. Ini membuktikan al-Khawarizmi telah memberi sumbangan yang besar dalam bidang matematik dan astronomi.

No comments:

Post a Comment