Seperti yang kita tahu, tarikh Hari Raya Aidiladha tahun 2012 jatuh pada hari Jumaat, 26 Oktober 2012
bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1433 Hijrah. Jadi, Hari arafah iaitu 9
Zulhijjah akan jatuh pada hari Khamis ini. Dalam artikel ini, kami akan
kongsikan antara fadhilat atau kelebihan Puasa Sunat Hari Arafah.
Niat Puasa Sunat Arafah 9 ZulhijjahDaripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang ertinya : “Di kaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.”Sabda Rasullullah S.A.W lagi:
(Hadis adalah hadis sahih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)
“Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya iaitu :-
1. Orang-orang yang mati syahid
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam Bulan Ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.