LEPAS NIE PANTAU LAA ANAK²ANDA YAA
Game Yang Menghina Islam!
Devil May
Cry 3
Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh
menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam
apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah.
Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan
kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum
‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah.
Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan
di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.
Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak
pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak
mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.
Tokoh agama yang juga penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan
permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah
adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak
boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati.
Satu adegan
dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yang menghubungkan di
antara dunia syaitan dan dunia nyata dan yang membukakan pintu tersebut adalah
karaker c.g.i. yang telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu hitam yang
sememangnya Islam melarang amalan itu.
Ayat karaker c.g.i. itu ada membaca ayat, kalau tak silap lebih kurang begini
permulaannya.
(Diterjemahkan dalam bahasa Melayu)
"wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan"
dan karaker itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya. Kalau tak
silap kitab bible. Pasal di akhir scene karaker tersebut ada menyebut 7 ayat
kemusnahan yg tercatit didalam bible.
"Wrath, Sloth, Lust, Gluttony, Greed, Pride dan akhir sekali Envy".
Clive Barker
Undying
Permainan ini mengisahkan tentang perlawanan dengan syaitan. Tetapi ianya
menggambarkan dalam istana yang diduduki syaitan itu terdapatnama-nama Allah di
dinding istana tersebut. Ini seolah-olah menggambarkan bahawa sesiapa yang
menyembah Allah itu adalah sekutu syaitan.
Berita mengenai permainan ini dirampas:
Permainan Undying dirampas kerana hina Islam
PERISIAN permainan komputer Clive Barker, Undying telah dirampas dalam operasi
di sebuah pusat beli-belah di Kelang baru-baru ini kerana memaparkan beberapa
perkataan dipercayai dipetik daripada al-Quran. Penolong Pengarah Penyelidikan
dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Abdul Malek Ramli,
berkata pihaknya merampas 50 keping cakera padat dari tiga premis di pusat beli-belah
itu, hasil maklumat orang awam. Permainan itu mengisahkan watak utama, Clive
Baker mengunjungi istana yang penuh ukiran artistik bercorak Islam termasuk
ayat Al-Quran, yang dikuasai hantu dan syaitan.
Pemain permainan itu, menerusi watak Clive Baker perlu membunuh semua hantu dan
syaitan bagi memperolehi sejenis tangkal bagi menghidupkan semula pemilik
istana. Dalam laporan eMedia/Berita Harian yang disiarkan baru-baru ini Abdul
Malek berkata, perisian cakera padat dipercayai cetak rompak yang dijual dengan
harga RM10 itu, menggambarkan seolah-olah Islam berkompromi dengan syaitan.
Jika terbeli, beliau berkata, ibu bapa beragama Islam dinasihati memulangkan
cakera padat itu kepada JAIS kerana ia boleh menpengaruhi kanak-kanak, selain
menyalahi undang-undang.
Mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, mana-mana orang
Islam yang memiliki, menyimpan atau menjual bahan menghina Islam boleh
dipenjara maksimum lima tahun atau denda RM5,000 ataupun kedua-duanya sekali,
jika sabit kesalahan. Hukuman bagi orang bukan Islam yang terbukti menyimpan,
menjual atau memiliki bahan itu, akan dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri.
Abdul Malek berkata, JAIS juga menerima dakwaan orang awam mengatakan,
perkataan Allah dalam abjad jawi, timbul setiap kali Clive membunuh syaitan
tertentu. “Jais masih menjalankan siasatan lanjut mengenai perisian itu dan ia
mungkin mengambil masa tetapi serbuan terhadap premis lain akan dibuat secepat
mungkin,” katanya.
Zack And Wiki
Luahan dari seorang gamer Wii:
Sebagai Avid seorang gamer Wii, saya sedang melihat trailer video game ini dan
beberapa gameplay dari Zack and Wiki. Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga
Muslim dan melawat Pakistan beberapa kali. Oleh kerana itu, saya boleh
mengatakan bahawa pada minit ke 0:20 dan 0:44 saat dalam video ini, anda boleh
mendengar penghuni pulau sedang berdoa dengan suara panggilan Muslim untuk
berdoa, "Allahu Akbar", dan kemudian meniru cara doa. Aneh dan agak
mengerikan, saya sangat berharap laungan itu bersifat sementara sebelum diganti
ke suara lain. Walaubagaimanapun, mengapa game tersebut dapat tempat pertama di
sana?
Tindakan yang dibuat:
The Council of American-Islamic Relations (CAIR) has announced that Capcom has
removed what CAIR calls a "common Islamic phrase" from Zack&
Wiki: Quest for Barbaros' Treasure on the Wii. The phrase's removal comes
following complaints from CAIR and others.
The phrase in question is "Allahu akbar" ("God is most
Great"), an Arab phrase frequently used in prayer. The phrase came to CAIR
and several complainants' attention after it appeared in a promotional video
for the game.
A Capcom representative told CAIR, "We have already contacted the team
working on the game, and the phrase has been removed from the game and will not
be heard in future videos released to the public."
"We appreciated Capcom's willingness to address Muslim concerns about the
use of a religious phrase in an inappropriate context and applaud the company's
swift response.
Prince Of Persia
Prince Of Persia Pedang pada watak tu ada tulisan Kaligrafi Arabic Alphabatic
yang diatasnya ditulis,
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia
telah mendapat kemenangan yang besar" (Surah Al- Ahzab:71)
Jika kita main game ini bermaksud kita juga menyokong apa yang mereka cuba
sampaikan dan mereka lakukan; jadi semoga dapat disampaikan kepada
saudara-saudara kita di luar sana.
Counter
Strike Condition Zero Deleted Scenes
Counter Strike Condition Zero Deleted First Stage dia. Kita kena tembak dengan
askar-askar yang beragama Islam. Kalau kita sedar, masa kita tembak tu kita
boleh dengar askar yang kena tembak menjerit "ALLAHUAKBAR"&
"JIHADD".
Stronghold Crusader
Permainan Perang Salib. Pemain memain watak sebagai Crusader dan menentang
musuhnya iaitu adalah orang Arab, dan ketika perang Salib, orang Arab
semestinya orang Islam.
Guitar Hero
3 Legends Of Rock
Tidak cukup dengan karikatur dan filem pendek Fitna yang menghina kesucian
Islam. Datang pula game komputer yang menghina kalimah Allah SWT. Kali ini game
Guitar Hero 3 telah menghina kalimah Allah SWT. Guitar Hero 3 adalah permainan
komputer yang memainkan lagu-lagu rock klasik.
Lihatlah bagaimana paparan kalimah Allah ini telah dijadikan paparan lantai dan
kemudian dipijak-pijak oleh makhluk yang berupa “syaitan” bermain gitar.
Sungguh biadap game ini. Game ini dibangunkan oleh syarikat Neversoft dan
dikeluarkan oleh Activision dan RedOctane. Neversoft adalah sebuah syarikat
pembangunan video game yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Dimiliki oleh
Joel Jewett (berasal dari Montana, Amerika) bersama dengan Chris Ward dan Mick
West. Chris dan Mick kedua-duanya berasal dari Yorkshire, England.
Jika kita tidak teliti, kita tidak akan perasan paparan kalimah Allah SWT ini.
Pada sesiapa yang melihat permainan komputer ini sila uninstall game ini.
Sungguh halus permainan golongan Yahudi dan Nasara untuk menyesatkan orang
Islam. Waspadalah kita sebelum membeli mana-mana permainan komputer.
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia
Ada 2 kemungkinan di sini.
a) Penghinaan Senyap
Memang sengaja menyelitkan unsur penghinaan.
b) Zodiak Virgo
Jika zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah, maka jadilah seperti bentuk dalam
gambar tadi.
Resident Evil 4
Ni dia lagi 1 game yang menghina Islam iaitu Resident Evil 4. Resident Evil 4
merupakan game berdasarkan bahayanya biologi iaitu virus dan zombie.
Ringkasnya, misi game ini adalah untuk menyelamatkan anak presiden Amerika yang
diculik oleh kumpulan yang bernama "Los Illuminados".
Los Illuminados bermaksud “The Illuminated!”
Gambar berikutnya adalah lambang illuminati pada game tersebut.
Korang perasan tak apa yang tak kena dengan gambar di atas?. Agak-agak korang
macam pernah nampak tak?
Kalau korang nak tahu itulah pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi, Madina.
Macam mana boleh sesat dalam game ni pulak!!!.
Apa yang lebih teruk lagi ialah pintu tersebut telah di Illuminati kan!!!.
Lihat gambar di bawah ini.
Memang melampau lah dorang ni!!!. Game ini turut dikeluarkan oleh CAPCOM sama
dengan Devil May Cry. XLAWS pun tak taw la apa orang Jepun ni tak puas hati
dengan orang Islam. Macam dah takde benda lain nak letak.
Kepada korang yang telah membaca post ni harap sebarkan pada keluarga,
kawan-kawan dan orang Muslim yang lain secepat mungkin!.
Kesimpulannya, semua orang Islam diharamkan main games yang mempunyai unsur
menghina agama-agama di dunia. Orang Islam haram main games yang ada unsur
menghina agama Islam, hina agama Kristian, hina agama Yahudi, hina agama
Buddha,hina agama Hindu, dan lain-lain fahaman dan kepercayaan yang berunsur
keagamaan.
Kalau kita main juga, bermakna kita telah menghina agama-agama berkenaan dan
bersubahat dengan penghina agama itu. Itu juga bermakna kita telah melanggar
perintah Nabi Muhammad SAW.
Nabi kita Muhammad SAW melarang umatnya daripada menghina agama Islam dan semua
agama yang ada di muka bumi ini. Orang Islam dilarang dan diharamkan daripada
menghina agama lain.