Definisi Pengurusan masa
Pengertian masa dari segi bahasa ialah waktu, zaman, saat dan detik. Dari segi istilah masa bermakna tika2 waktu atau zaman yang dilalui oleh individu yang menjalankan kehidupan. Dikaitkan dengan pengurusan masa, ia memberi makna suatu ilmu yang berkaitan dengan teknik dan cara seseorang itu mengurus, membahagi dan mengatur masa sehariannya supaya dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.
KEPENTINGAN PENGURUSAN MASA
Pengurusan masa penting kepada pelajar kerana penggunaan masa yang baik dapat mendisiplinkan kita dalam melaksanakan aktiviti spt pembelajaran. Disiplin yang dimaksudkan disini adalah kita mesti melakukan jadual harian, contohnya;
1. Masa membaca buku atau mengulangkaji
2. Waktu bermain atau beribadah
3. Waktu menonton televisyen
4. Waktu menyelesaikan kerja sekolah
5. Waktu membantu ibu dan ayah
6. Waktu menziarahi rumah kawan
Semua aktiviti yang disebutkan ini perlu dijadualkan dan dilibatkan berapa lamakah aktiviti atau perlakuan itu berlaku. Ianya perlukan disiplin yang jitu dari kita. Oleh itu, seharusnya kita harus memberi perhatian kepada kedua-dua perkara itu kuantiti dan kualiti masa yang kita gunakan.
PRINSIP ASAS PENGURUSAN MASA
1. Mengubah tabiat lama yang negatif.
Tabiat lama selalu juga disebut habit. Tabiat yang negatif ini perlu dibuang dalam diri setiap individu. Jika selama ini kita merupakan seorang yang selalu menangguhkan kerja maka kita perlu mengambil perhatian terhadap perkara ini. Selalunya kita menangguhkan tugasan dan menyiapkan ‘last minute’. Tabiat seumpama ini perlu diubah. Oleh itu, kita mesti mengubah tabiat ini supaya lebih awal menyiap tugas2 agar pada waktu yang lain kita dapat memberi tumpuan yang lebih kepada aktiviti yang lain.
2. Komunikasi
Komunikasi dapat memberikan implikasi yang besar jika kita tidak dapat menggunakan dengan berkesan dan terbaik. Contohnya, semasa guru tiada di dalam kelas, kita sering berbual-bual kosong dengan kawan2 tentang hiburan dan perkara yang sia-sia yang tiada kaitan langsung dengan pembelajaran. Ini sebenarnya satu pembaziran yang amat ketara dan merugikan.
Komunikasi intrapersonal biasanya ada dalam setiap individu. Komunikasi ini mengatakan seolah-olah soalan ini adalah bodoh. Maka penggunaan komunikasi intrapersonal yang negatif ini perlu di lawan dan di tentang. Oleh itu komunikasi intrapersonal ( bertanya guru ) dengan sebaik mungkin. Dengan membuang komunikasi intrapersonal yang negatif itu maka wujudlah keyakinan dalam diri.
3. Penumpuan
Selalunya kita akan berasa bosan dan jemu apabila perkara tersebut berkaitan dengan pelajaran. Kita jarang memberi tumpuan terhadap pelajaran yang diberi oleh guru. Namun apabila bercerita tentang hiburan, tumpuan akan diberi sepenuhnya walaupun dalam keletihan. Oleh itu pengubahsuaian suasana perlu diubah supaya kita dapat memberikan konsentrasi dalam pelajaran dan gangguan lain perlulah dielakkan.
4. Rehat
Manusia perlulah berehat dalam setiap perkara. Rehat adalah factor penting dan sering dikaitkan dengan tidur. Contohnya kita perlu berehat selama 15 minit pada waktu tengahari untuk mengembalikan kecergasan. Justeru itu pengurusan waktu rehat dengan tidur adalah penting untuk pembelajaran yang berkesan.
Oleh itu, berdasarkan kepada perbincangan dapat disimpulkan bahawa pengurusan masa yang baik adalah penggunaan masa yang berkualiti. Kualiti masa dapat dicapai dengan adanya prinsip asas bagi kita menguruskan masa. Justeru itu ia akan menjadikan sesuatu pembelajaran itu lebih berkesan dan bermakna.
TEKNIK PENGURUSAN MASA
1. Menggunakan “ Rancangan Bertindak “
Rancangan Bertindak dikaitkan dengan susunan tugasan dan tanggungjawab yang perlu dilakukan pada hari itu mengikut keutamaan. Sebagai contoh MESTI dilakukan MAHU dilakukan. Kemudian cuba habiskan perkara yang anda ingin lakukan mengikut keutamaan. Jika anda tidak sempat menghabiskan kerja anda untuk hari tersebut, catatkan aktiviti yang belum dijalankan pada kertas baru untuk keesokkan harinya. Ulang perkara yang sama apabila anda hendak memulakan kerja pada hari esok.
2. Menghapuskan tabiat “ Tangguh dan tunggu “ dengan mengingati 3 perkara di bawah:
A. Kelmarin sudah berlalu
B. Esok masih belum berlalu
C. Hari ini peluang masih ada
3. Penuhkan masa lapang
Masa lapang boleh dipenuhi semasa menunggu bas, dalam perjalanan, semasa menunggu giliran di pejabat pos dan sebagainya untuk melakukan kerja ringan seperti membaca , menulis nota atau setidak-tidaknya berfikir.
4. Tahu dan pandai untuk mengatakan “ Tidak “
Perkataan tidak perlu digunakan pada perkara yang nada anggap boleh mengganggu rutin harian anda.
5. Merancang jadual waktu belajar dan harian
Perancangan jadual waktu adalah penting dalam kehidupan. Tujuan perancangan jadual waktu dibuat agar hidup kita lebih tersusun dan bermakna.
PENGURUSAN MASA DAN STRATEGI PEMBELAJARAN
1. Sikap yang positif
Pelajar tidak mungkin berjaya sekiranya mereka tidak ada dorongan yang kuat terhadap kejayaan. Mereka adalah sentiasa bersikap positif terhadap hidup dan berjuang ke arah kecemerlangan. Sikap takut dan belajar ala kadar merupakan resipi ke arah kegagalan.
2. Disiplin masa
Proses pembelajaran memerlukan disiplin kerja dan pengurusan masa dengan baik dan teratur. Seseorang itu tidak mungkin lulus dengan cemerlang tanpa sesuatu perancangan masa yang baik.
3. Merancang Penggunaan Masa
Pelajar perlu faham bahawa skop kurikulum sekolah pada masa ini agak luas. Banyak perkara yang perlu dipelajari pada waktu yang singkat. Oleh itu, pelajar perlu merancang untuk menjimatkan masa belajar, mengurangkan tenaga yg diperlukan untuk belajar di samping dapat menjalankan aktiviti belajar dengan cara efisien.
4. Mendahulukan yang utama
Melalui perancangan, pelajar dapat mengimbangan pengagihan masa belajar mengikut jumlah masa yang ada. Pelajar tidak sepatutnya memberi tumpuan yang berat kepada kurikulum sekolah dan mengabaikan aktiviti kokurikulum yang lain.
5. Tabiat dalam bilik darjah
Pelajar yang suka berkhayal dalam bilik darjah dikenali sebagai “ ponteng psikologi “. Dengan itu, persediaan yang cukup harus dilakukan dalam bilik darjah untuk meningkatkan daya ‘kesegaran’ dalam pembelajaran.
6. Bagaimana membuat persediaan pembelajaran
Penyelidikan di Amerika Syarikat telah mendapati bahawa pelajar-pelajar yang bersedia untuk menghadapi pelajaran di bilik darjah akan meraih kecemerlangan dalam peperiksaan. Mereka bukan sahaja bersungguh-sungguh, tetapi juga membuat persediaan.
7. Gunakan perpustakaan dan pusat sumber
Ramai di antara pelajar yang menggunakan perpustakaan untuk membaca buku atau membuat temujanji sahaja. Penggunaan perpustakaan atau pusat sumber ini dengan sebaiknya akan mendatangkan banyak manfaat kepada pelajar.
8. Jaga kesihatan anda
Badan yang lemah dan kesihatan mental yang terganggu tidak dapat membantu untuk mencapai kejayaan. Langkah-langkah berikut dapat membantu anda:
I. Sentiasa bersikap tenang
II. Makanan yang berkhasiat
III. Senaman yang berterusan
IV. Bersikap positif dan rasional
V. Riangkan hati dan senyum
PENGURUSAN MASA MENURUT ISLAM
Islam menggesa supaya masa digunakan dengan baik dan sentiasa diawasi kerana dalam setiap masa ada kelebihannya yang tersendiri. Setiap individu hendaklah memperuntukan masa seperti berikut :
I. Masa beribadat kepada Allah-sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lain
II. Masa bekerja-mengikut bidang pekerjaan masing-masing dan tidak bercanggah dengan syariat Islam.
III. Masa untuk menambahkan intelektual-melalui pembelajaran formal atau tidak, pembacaan, pendengaran, pembincangan, menghadiri majlis ilmu.
IV. Masa bekeluarga-capai kebahagiaan bergantung kepada kebijaksanaan menguruskan masa
V. Masa bermasyarakat dan bersosial-gotong-royong, bersukan, berpersatuan, kerja amal dan sebagainya.
VI. Masa berehat-memulihkan tenaga dan fikiran bagi meneruskan kehidupan.
PENUTUP
Secara kesimpulan, sikap menangguh kerja ini dilakukan kerana beberapa factor;
-
Tidak sukakan kerja yang dipertanggungjawabkan
-
Sikap bosan
-
Sikap malas
-
Takut kerana tidak tahu melakukan kerja berkenaan
-
Takut akan kegagalan
-
Berasa tugas itu sesuatu yang sukar
-
Takut kerana tugas itu sesuatu yang baru baginya
-
Berasa tugas berkenaan tidak penting.
Disunting dr blog pakar motivasi. Terimakasih di atas perkongsian ilmu~.
`