Link Al-Quran Explorer!

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

Thursday, December 30, 2010

Bakar bendera yahudi

Video Ini Ditujukan khusus untuk adik-adik yang melayari blog saya :)

Ciri-Ciri Masyarakat Arab Pada Zaman Jahiliah

Jelaskan Struktur Dan Ciri-Ciri Masyarakat Arab Pada Zaman Jahiliah.
Pengenalan :
Difinisi jahiliah : bodoh atau sesat.
a.         Zaman kegelapan yang tiada kesejahteraan hidup.
b.         Masyarakat tidak ada nabi dan kitab suci sebagai petunjuk.
c.         Tidak mempunyai peradaban.
d.         Tidak berakhlak, angkuh dan bongkak.
e.         Tidak boleh membaca dan menulis.
Era Jahiliah : selepas keruntuhan Empangan Maarib hingga tahun 610 Masihi, penerimaan wahyu pertama oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Isi- isi Penting :
Struktur Masyarakat Arab Jahiliah
Masyarakat Arab Jahiliah terbahagi kepada dua kelompok utama iaitu Badwi dan Hadari. Dalam Masyarakat Hadari terdapat lima golongan iaitu:
a.         Golongan bangswan – ahli perniagaan dan pemerintah tempatan.
b.         Golongan agama ( pendeta ) – tukang tilik dan penyair.
c.         Golongan hamba.
d.         Wanita.
e.         Masyarakat awam dan rakyat biasa
Ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliah :
Aspek agama dan kepercayaan :
Terdapat pelbagai agama dan kepercayaan di Semenanjung Tanah Arab termasuklah Majusi, Nasrani, Yahudi dan Hanif, Berhala, Animisme dan Tahyul. Kepelbagaian ini berlaku kerana adanya pengaruh asing disamping menaruh harapan yang tinggi terhadap alam sekitar yang dipercayaan dapat mengawai dan membantu kehidupan seharian.
Kepercayaan Majusi disebarkan oleh orang Parsi yang menjajah Bahrain, Oman dan Yaman. Masyarakat Arab di kawasan ini turut memuja api sebagaimana diamalkan oleh Masyarakat Parsi.
Agama Nasrani disebarkan oleh orang-orang Rom yang menjajah Hirah dan Ghassan di utara Semenanjung Tanah Arab, mereka mempunyai kitab suci tetapi ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa a.s telah dipinda berdasarkan kefahaman mereka sendiri. Najran merupakan pusat agama ini.
Agama Yahudi disebarkan oleh saudagar-saudagar yang berasal dari Palestine. Penganut asal agama ini ialah Bani Israeil. Mereka mempunyai kitab suci tetapi ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa telah dipinda oleh orang-orang Yahudi. Mereka membohongi masyarakat Arab, dengan menyatakan agama mereka benar daripada Allah s.w.t.  Agama Yahudi bertapak di Yaman dan Madinah.
Disamping itu terdapat segelintir orang Arab yang menganut ajaran yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s digelar Hunafa dan bertempat Makkah. Nabi Ibrahim dan puteranya Nabi Ismail a.s sampai di Makkah lebih awal. Maka ajaran Hanif mendahului ajaran Yahudi dan Nasrani di Arab.
Penganut agama-agama dari langit iaitu Hanif, Nasrani dan Yahudi dikalangan masyarakat Arab tidak ramai, mereka menjalani kehidupan berdasarkan ajaran yang dianuti kecuali penganut Yahudi didapati lebih kejam terhadap penganut ajaran lain.
Kepercayaan yang paling dominan di kalangan masyarakat Arab ialah penyembahan berhala. Penyembahan berhala mucul selepas kewafatan Nabi Ismail a.s  Masyarakat berkehendakan perantara bagi menghubungkan mereka dengan Allah s.w.t Mereka mencipta berhala-berhala daripada kayu-kayu dan batu dan diletakkan disekliling Kaabah. Penyembahan berhala muncul lebih awal dari agama Nasrani dan Yahudi. Masyarakat Arab menganggap penyembahan berhala adalah amalan nenek moyang mereka yang perlu dipertahankan.
Di samping mempercayaai berhala, masyarakat Arab percaya kepada anamisme dan tahyul. Objek cakrawala dan objek di bumi disembah sebagai menandakan pengharapan dan terima kasih ke atas apa yang mereka terima. Mereka memuja tukang tilik dan percaya tanda-tanda baik dan buruk yang ditunjukan sesuatu objek.
Kepelbagaian dalam agama turut menyumbang kepada amalan-amalan lain yang berbagai rupa termasuk amalan berpolitik, berekonomi dan bersosial.
Aspek Politik dan pentadbiran :
Tidak terdapat struktur pentadbiran/politik yang tetap dan jelas dikalangan masyarakat Arab di bahagian utara dan selatan. Hirah dan Ghassan di utara telah dijajah oleh kerajaan Rom dan Yaman di selatan di kuasai oleh kuasa Rom dan Parsi. Masyarakat Arab di kawasan ini bercelaru dari aspek pentadbiran, mereka tidak mampu melawan penjajah dan sentiasa kalah. Di bahagian selatan iaitu ketika kerajaan Himyar, anak tempatan diberi jawatan tetap tetapi statusnya hanya boneka kepada kerajaan Parsi.
Di Makkah, struktur politik masyarakatnya agak jelas. Terdapat Majlis Tindakan   ( Darul Nadwah ) oleh jabatan-jabatan pentadbiran dan ada pemimpin yang bergelar Sheikh. Namun ciri-ciri politiknya mempunyai unsur-unsur jahikliah. Mereka mengamalkan politik berkabilah yang membawa kepada perebutan kuasa yang hebat. Suasana pentadbiran menjadi gawat dan tidak tenteram. Berlaku diskriminasi puak, memuja kuasa, bersifat agresif, pendendam dan ingin menguasai puak-puak lain. Perebutan kuasa antara bani berlaku bagi mendapatkan kuasa mentadbir Jabatan Haji, perdagangan dan ketenteraman yang amat penting. Disamping itu ketua-ketua suku terpaksa membentuk majlis ketua-ketua suku iaitu Mala’ tetapi golongan berpengaruh berjaya mempengaruhi keputusan Mala’  dan menjaga kepentingan kaum yang lemah. Kecelaruan politik masyarakat Makkah berlaku apabila golongan bangsawan iaitu pentadbir lebih cenderung untuk bergiat aktif dalam perdagangan untuk mencari kekayaan.
Aspek Ekonomi :
Perdagangan merupakan kegiatan ekonomi utama masyarakat Arab bandar. Hubungan perdagangan diantara bandar di Syiria dengan di Yaman di selatan memberi nafas kepada bangsa Arab. Namun akibat penjajahan oleh Rome ke atas Syria oleh Parsi ke atas Yaman. Perdagangan Arab turut terjejas, saudagar Arab Makkah menghadapi kesan itu dengan pelbagai cara. Mereka mengeksport perdagangan satu hala dengan suku Badwi yang menternak binatang. Cara hidup Badwi berpindah randah mendatangkan kesukaran kepada saudagar Makkah. Suku Badwi sentiasa menyerang saudagar atau kafilah yang melalui kawasan mereka sebagai tanda tindak balas ataupun untuk memenuhi desakan kebendaan.
Ketika Makkah dipimpin oleh Abdul Manaf, urusan perdagangan diagihkan tugas kepada anak-anaknya. Misi-misi perdagangan dihantar ke Syiria, Habsyah, Yaman dan Parsi. Barang rempah, permata, emas, sutera dan lain-lain diimport. Manakala berhala, buah tamar, kulit binatang dan lain-lain dieksport melalui pelabuhan-pelabuhan. Pada zaman Hashim bin Abdul Manaf ( Moyang Nabi Muhammad s.a.w ) perjanjian perdagangan dua hala dengan Maharaja Byzantine dan Parsi diwujudkan. Pakatan dagangan juga diwujudkan dengan kabilah di Yaman dan Syam. Sistem perniagaan bermusim juga diwujudkan bagi meneruskan kegiatan perdagangan. Musim sejuk pedagang Makkah akan ke Yaman dan pada musim panas mereka akan ke utara ( Syam ).
Pasar-pasa diadakan di Makkah dan sekitarnya. Barangan bijirin, buah-buahan, pakaian, hamba abdi yang tidak ditebus setelah mereka kalah berperang dan barangan lain dijual di pasar-pasar. Sistem tukar barang diamalkan. Penipuan dan riba turut berleluasa.
Aspek Sosial :
Struktur sosial masyarakat Arab agak mudah, terdiri daripada golongan bangsawan dan hamba. Golongan bangsawan wujud di bandar. Mereka berpuak-puak berdasark pertalian darah dan semangat assabiyah amat tebal. Setiap puaknya melantik seorang sheikh di kalangan mereka dan menjadi ketua bagi kabilah itu. Hamba pula dibeli untuk dikerah bekerja. Suku Badwi pula hidup berpuak – puak dan ketua puak dipilij di kalangan anggota yang berpengaruh. Sistem berkabilah ini bermula dari satu keluarga dan kemudiannya bergabung menjadi keluarga besar disebut bani. Suku Badwi tidak wujud bani kerana kehidupan mereka yang sering berpindah randah dan mereka percaya semakin kecil sesuatu kelompok semakin kuat masyarakatnya.
Semangat Assabiyyah menyuburkan cirri-ciri jahilian. Tingkah laku mereka kasar terhadap puak lain. Peperangan mudah berlaku walaupun disebabkan oleh perkara – perkara kecil. Peperangan dilakukan untuk menguji kekuatan dan mengejar nama. Pernah berlaku peperangan yang berlangsung lama dan pihak yang kalah akan ditawan  dan dijadikan hamba abdi.
Akhlak yang runtuh dan tingkah laku yang kasar dan menurut peraturan dan undang-undang hawa nafsu menyebabkan tindakan mereka dilepas tanpa kawalan. Golongan bangsawan menikmati kehidupan mewah dengan melibatkan kegiatan perjudian, pelacuran dan pembunuhan. Kaum wanita dipandang hina. Bayi perempuan ditanam hidup-hidup bagi mengelakkan kesempitan hidup atau menanggung malu. Walaubagaimanapun terdapat keluarga yang menyayangi anak perempuan mereka. Darun Nadwah dijadikan tempat keramaian bagi mengisytiharkan anak perempuan mereka sebagai perempuan dewasa apabila sampai tempoh akil baligh.
Aspek Ilmu Pengetahuan :
Kebanyakkan orang Arab Jahiliah buta huruf. Walaupun terdapat di kalangan mereka saudagar-saudagar atau pedagang luar lebih maju tetapi pedagang Arab tidak mengambil peluang untuk aktiviti perdagangan yang lebih menguntungkan. Selain keuntungan mereka mengejar keseronokan. Kemahiran bersyair dan bersajak hanya digunakan untuk meluahkan perasaan melalui kata-kata yang terhasil melalui pemikiran yang sepontan. Daya hafalan yang tinggi dan keupayaan berkhutbah hanya melibatkan perkara-perkara yang berkaitan dengan lampau yang kurang berkualiti ilmiahnya. Di kalangan masyarakat Arab yang terkenal kerana kebijaksanaan berniaga, hanya 17 orang sahaja yang boleh membaca dan menulis. Faktor sikap saling membenci dan sering bertelagah dan juga berperang menyebabkan ruang untuk menimba ilmu pengetahuan menjadi tertutup. Dengan itu ciri-ciri kejahilan sangat ketara di kalangan mereka.
Nilai-nilai Positif Dan Mulia Masyarakat Arab Jahiliah :
Walaupun orang – orang Arab jahilian digambarkan dengan penuh kejahilan dan kesesatan, namun orang Arab jahiliah memiliki sifat – sifat positif dan mulia. Mereka amat menghormati tetamu yang datang berkunjung ke tempatnya. Mereka akan melayan tetamu dengan memberikan jamuan yang hebat. Adakalanya mereka sanggup berhutang semata – mata ingin menghormarti tetamu yang datang walaupun tetamu itu adalah musuhnya. Di samaping itu orang Arab amat berpegang teguh kepada janji yang telah dikotakan. Mereka akan menunaikan janji walaun melibatkan soal keselamatan nyawa. Orang – orang Arab Jahiliah juga memiliki sifat – sifat positif yang lain antaranya menghormati dan mentaati pemimpin.

Al-Khawarizmi

AL-KHAWARIZMI
Nama lengkap Mohammad Ibn Musa al-Khawarizmi. Beliau dilahirkan di bahagian Kath Khwarizm ( Kheva, Uzbekistan), selatan Aral Sea di Asia Tengah. Gelaran Al-Khawarizmi yang dikenali di Barat ialah al-Cowarizmi, al-Karismi, al-Goritmi atau al-Gorism. Nama al-Gorism terkenal pada abad pertengahan. Di negara Perancis pula al-Gorism muncul sebagai Augryam atau Angrism. Di negara Barat pula beliau dikenali sebagai Aurym atau Augrin.
Ibu bapanya berhijrah ke sebuah kawasan di selatan Baghdad semasa beliau masih kecil lagi. Gelaran al-Khawarizmi diberi kepada beliau sempena tempat kelahirannya iaitu Khath, sebahagian daripada daerah Khawarizmi. Khath ini telah lenyap akibat ditengelami pasir. Tahun 780-850 adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi. Dicatatkan, beliau meninggal dunia antara 220M dan 230M. Ada yang mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad ke-9.
Al-Khawarizmi ialah seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas meliputi bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia. Beliau sebagai guru aljabar di Eropah. Beliau telah menciptakan pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Ma'mun, di Bayt al-Hikmah, Baghdad. Beliau telah dinobatkan sebagai Ahli Falak Diraja atas sumbangan dan kajian beliau. Beliau dikenali sebagai al-Khawarizmi dalam kalangan ahli sains dan merupakan seorang ahli sains yang terulung dalam ilmu matematik selain juga merupakan seorang ahli astronomi dan geografi.
Dalam bidang ilmu matematik, beliau dikenali kerana memperkenalkan konsep matematik algorithm. Hasil kerjanya di dalam ilmu algebra sangat cemerlang dan beliau tidak hanya mempunyai inisiatif terhadap subjek pembentukan sistematik, tetapi juga bertanggungjawab membangunkan penyelesaina  analtikal dan juga pengembangan garis lurus serta persamaan kuadratik. Persamaan kuadratik merupakan satu persamaan di mana kuasa dua tanpa kuasa lebih tinggi digunakan. Kejayaan ini akhirnya dijadikan sebagai pengasa ilmu Algebra. Nama algebra diambil daripada buku beliau yang sangat popular iaitu Al-Jabr wa al-Muqabilah. Beliau turut menjelaskan dengan teliti kegunaan sifar dalam sistem angka yang dibangunkan orang Arab selain membangunkan sistem perpuluhan.
KITAB AL-JABR WA AL-MUQABILAH


Bidang astronomi juga membuatkan al-Khawarizmi dikenali pada zaman tamadun Islam. Astronomi dapat ditakrifkan sebagai ilmu falak iaitu pengetahuan tentang bintang-bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta tefsiran yang berkaitan dengan bintang. Antara hasil kerja beliau ialah membuat penyemakan dan memperkemaskan semula ilmu astronomi pada ketika itu dan membetulkan pelbagai pandangnan Ptolemy. Beliau juga menghasilkan peta dunia pertama yang telah diterokai pada zaman itu. Beliau telah menghitung isi padi dan ukur lilit bumi, mencipta alat penentu kedudukan bintang, sukatan masa dan jam matahari.
Hasil penemuannya dibukukan dan beberapa daripadanya telah diterjemahkan dalam bahasa Latin pada awal kurun ke-12. Beberapa bukunya mengenai kira-kira, Kitab al-Jam'wal Tafreeq Bil Hisab al Hindi telah hilang di benua Arab namun ilmu mengenainya masih boleh diperolehi dalam buku terjemahan ke dalam bahasa Latin ini. Bukunya mengenai Algebra iaitu Al-Maqala Hisab wa al-Muqalabah juga telah diterjemahkan dalam bahasa Latin dan ia adalah jemahan yang diperkenalkan ke dunia sains baru kepada Barat.
FORMULA ILMU HISAB

Hasil kerjanya dalam ilmu falak turut telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Eropah dan kemudian ke dalam bahasa Cina. Buku geografinya, kitab surat al-Ard bersama sama peta lakarannya juga telah diterjemahkan. Beliau turut menulis kalendar Yahudi, Istkhraj Tarikh al-Yahud selain menulis kitab al_tarikh dan buku mengenai alat yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari iaitu Kitab al-Rukhmat. Malangnya kedua-dua buku tersebut telah hilang.
Pengaruh al-Khawarizmi dalam perkembagan ilmu sains khususnya matematik, astronomi dan geografi kini menjadi lakaran sejarah. Beliau dianggap sebagai sarjana matematik yang masyhur oleh orang Islam dan is diperakui oleh sarjana Barat. G. Sarton pernah menyatakan bahawa pencapaian tertinggi telah diperoleh oleh orang-orang Timur terutama al-Khawarizmi. Wiedmann pula menyifatkan al-Khawarizmi mempunyai personaliti yang teguh dan seorang yang bijaksana. Ini membuktikan al-Khawarizmi telah memberi sumbangan yang besar dalam bidang matematik dan astronomi.

Abu Raihan Al-Biruni Pakar Ilmu Fizik yang Agung




Namanya tidak asing lagi di pentas ilmu sains pada abad pertengahan. Dunia sains mengenalnya sebagai salah seorang putera Islam terbaik dalam bidang falsafah, astronomi, kedoktoran, dan fizik. Wawasan dan pengetahuannya yang demikian luas, meletakkan dirinya sebagai pakar dan ilmuwan Muslim tersohor pada awal abad pertengahan. Ilmuwan tersebut tidak lain adalah Al-Biruni.

Nama penuhnya Abu Raihan Muhammad ibn Ahmad Al-Biruni, dilahirkan pada bulan September tahun 973 M, di perkampungan Khawarizm, Turkmenistan. Ia kemudian lebih dikenali dengan nama Al-Biruni. "Al-Biruni" yang bermaksud 'asing', adalah dinisbahkan kepada wilayah tempat tanah kelahirannya, iaitu Turkmenistan. Pada masa itu, kawasan ini sememangnya dikhaskan untuk penempatan orang-orang asing. Dibesarkan dalam keluarga yang taat beragama, Al-Biruni menghabiskan usia mudanya dalam persekitaran masyarakat yang mencintai ilmu pengetahuan.

Walaupun tidak banyak catatan sejarah yang mengisahkan latar belakang pendidikannya, namun beberapa sumber menyebutkan bahawa ilmuwan ulung ini memperoleh pendidikan daripada beberapa ulama kenamaan pada zamannya, antara lain Syeikh Abdus Shamad. Dalam bidang kedoktoran, ia belajar dengan Syeikh Abul Wafa' Al-Buzayani, serta kepada Syeikh Abu Nasr Mansur bin Ali bin Iraqi dalam bidang matematik dan astronomi. Tidak hairan apabila ulama menulis ini terkenal sebagai seorang ahli dalam pelbagai bidang ilmu semenjak usia muda.

Sebagai ilmuwan ulung, Al-Biruni tidak pernah berhenti menerokai dan mendalami bidang ilmu, termasuk dalam setiap pengembaraanya ke beberapa negeri, seperti ke Iran dan India. Jamil Ahmed dalam buku Seratus Tokoh Muslim mengungkapkan, antara pengembaraan yang paling menarik tokoh ini adalah semasa di wilayah Jurjan, dekat Laut Kaspia (Asia Tengah), serta wilayah India. Penjelajahan itu sebenarnya tidak disengajakan. Alkisah, setelah beberapa lama menetap di Jurjan, Al-Biruni memutuskan untuk kembali ke kampung halamannya. Namun tidak disangkanya, tanah kelahirannya dilanda oleh konflik antara etnik. Keadaan ini dimanfaatkan oleh Sultan Mahmoud Al-Gezna, yang melakukan penaklukan ke wilayah Jurjan. Penaklukan ini menyebabkan Al-Biruni dipilih oleh Sultan Mahmoud sebagai 'kumpulan pemikir' yang kemudiannya dibawa menyertai ekspedisi ketenteraan ke India. Di sana beliau banyak melahirkan karya dan tulisan, sama ada dalam bentuk buku mahupun artikel ilmiah yang disampaikannya dalam perjumpaan. Selain menghasilkan karya, penjelajahan bersama Sultan ini juga menjadikan kawasan India sebelah timur sebagai kawasan baru untuk menyebarkan dakwah Islamiah.

Sepanjang pengembaraannya di India, Al-Biruni memanfaatkan masa terluang melakukan kajian berkaitan adat istiadat dan budaya masyarakat tempatan. Berasaskan kajiannya inilah beberapa karya agungnya lahir. Bukan itu sahaja, Al-Biruni jugalah orang yang pertama memperkenalkan permainan catur 'ala' India ke negara-negara Islam, serta menjelaskan permasalahan trigonometri yang lebih mendalam dalam karyanya, Tahqiq Al-Hind. Kecerdikan Al-Biruni merangsang dirinya mendalami ilmu astronomi. Beliau misalnya turut menjelaskan tentang kemungkinan pergerakan bumi mengitari matahari. Malangnya, buku beliau yang mengupas perkara ini hilang. Namun ia berpendapat, sebagaimana pernah ia sampaikan dalam suratnya kepada Ibnu Sina, bahawa pergerakan eliptis adalah lebih memungkinkan daripada gerak melingkar yang dilakukan lanet.

Al-Biruni konsisten mempertahankan pendapatnya tersebut, dan ternyata pada kemudian harinya pendapat ini terbukti kebenarannya sebagaimana yang dibuktikan oleh ilmu astronomi moden. Sebagai seorang yang gemarkan membaca pelbagai bidang ilmu, kepakaran Al-Biruni tidak hanya dalam bidang ilmu sains. Beliau juga mahir dalam ilmu falsafah. Kerana itu, ia dikenali sebagai salah seorang ahli falsafah Islam yang amat berpengaruh. Pemikiran falsafah Al-Biruni banyak dipengaruhi oleh pemikiran falsafah Al-Farabi, Al-Kindi, dan Al-Mas'udi (meninggal 956 M). Hidup sezaman dengan ahli falsafah dan pakar ilmu perubatan, Ibnu Sina, Al-Biruni banyak berdialog dengan Ibnu Sina, sama ada secara langsung mahupun melalui surat menyurat. Keduanya kerap juga bermuzakarah berkaitan pemikiran falsafah, misalnya tidak bersetuju dengan aliran pemikiran paripatetik yang dianuti Ibnu Sina dalam banyak aspek. Al-Biruni memperlihatkan kecenderungan tidak menerima bulat-bulat falsafah pemikiran Aristoteles dan berfikir secara kritikal terhadap beberapa hal dalam teori fizik paripatetik, seperti berkaitan dengan masalah gerak dan tempat. Ini kerana semua yang dilakukannya itu selalunya berlandaskan pada prinsip-prinsip Islam, serta meletakkan sains sebagai alat untuk menyingkap rahsia alam.

Hasil kajian dan penelitiannya akhirnya adalah untuk mengakui akan wujudnya Allah sebagai maha pencipta. Menurut Al-Biruni jika seorang ilmuwan ingin membezakan kebenaran dan kepalsuan, dia perlu menyelidiki dan mempelajari alam. Dalam bukunya Al-Jamahir, Al-Biruni juga menegaskan, "Penglihatan adalah penghubung apa yang kita lihat dengan tanda-tanda kebijaksanaan Allah dalam ciptaan-Nya. Daripada penciptaan alam tersebut kita akan menemukan kewujudan Yang Maha Pencipta". Pandangan Al-Biruni ini tentu berbeza sekali dengan pandangan saintis Barat pada zaman moden ini yang mengenepikan sains daripada agama. Pandangan mereka tentang alam seolah-olah menafikan keberadaan Allah sebagai pencipta.

Kejayaan Al-Biruni dalam bidang sains dan ilmu pengetahuan ini turut mendapat pujian ilmuwan Barat. Max Mayerhof misalnya menyatakan, "Abu Raihan Muhammad ibn Al-Biruni digelar sebagai ahli kedoktoran, astronomi, matematik, ilmu fizik, geografi , dan sejarah. Dia mungkin sosok paling menonjol dan peneraju zaman keemasan ilmu pengetahuan Islam." Pengakuan yang sama juga dinyatakan oleh ahli sejarah asal India, Si JN Sircar. Beliau menulis "Hanya sedikit yang memahami fizik dan matematik. Di antara yang sedikit itu yang terbesar di Asia adalah Al-Biruni, sekaligus ahli falsafah dan ilmuwan. Ia pakar dalam kedua bidang tersebut." Tokoh dan ilmuwan ulung ini akhirnya menghadap Ilahi Rabbi pada 1048 M, semasa berusia 75 tahun.