Entah mengapa, hati memikirkan sesuatu. Apa ek... Wallu A'lam. Setiap hari kita jalani hidup dengan penuh pasrah. perlu juga kita menghitung, apa yg aku dapat hari ini. Inilah yang dikatakan muhasabah diri. Adakah bertambahnya ilmu dan amal soleh pada hari ini?
Ayuh mari kita fikirkan bersama... Ada org yg bertambah duitnya, ada org yg bertambah umurnya, ada org yg bertambah amal solehnya. Ya, mari kita muhasabah saja daripada bahagian yg ketiga, iaitu bertambah amal soleh seseorang. Apabila amal soleh bertambah, bermakna bertambah syukur kepada Allah.
Apa yg menghairankan kenapa kita tahu sesuatu perkara tapi kita tidak laksanakan. Kita sangat sayang sesuatu benda atau sesuatu perkara, jadi kita jaga agar tidak rosak. Kita akan pastikan agar segalanya selamat. Begitu juga kalau kita tahu amal soleh itu sebagai sesuatu yg kita sayang, sudah pastinya kita akan jaganya dgn baik dan sempurna.
Natijahnya, kita beamal krn Allah. Apa-apa sahaja perkara yg mendekatkan diri kita kpd. Allah akan kita pastikan semuanya mampu dilaksanakan. Istighfar contohnya,kita memohon agar diampunkan dosa sekaligus amalan ini dpt. mendekatkan diri kpdNya, maka kita terus melaksanakannya. Begitu juga dgn hal-hal lain. Andai kita tahu syurga itu untuk hamba Allah yg patuh dgn perintahnya.. apa lagi kita masih berlengah utk menuju ke sana. Senjata apa yg perlu dibawa ke sana? Tak lain dan tak bukan 'AMAL SOLEH '. Wailalliqa',
No comments:
Post a Comment