AL-BATTANI
Abdullah Muhammad Ibn Jabir Sinan al-Battani atau yang lebih dikenal dengan panggilan al-Battani atau Albatenius ialah ilmuwan astronomi yang mendapat pengakuan dunia. Salah satu hasilnya adalah masa bumi mengelilingi matahari. Berdasarkan perhitungannya, beliau menyatakan bahawa bumi mengelilingi pusat suria itu dalam waktu 365 hari, 5 jam, 46 minit, dan 24 detik. Perhitungannya mendekati dengan perhitungan terakhir yang dianggap lebih tepat.
Al-Battani lahir di Battan, Harran, Suriah pada sekitar 858 M. Keluarganya merupakan penganut sekte Sabbian yang melakukan ritual penyembahan terhadap bintang. Namun beliau tidak mengikut jejak langkah nenek moyangnya, beliau lebih memilih untuk memeluk Islam. Ketertarikannya dengan benda-benda yang ada di langit membuat al-Battani kemudian menekuni astronomi. Secara informal beliau mendapat pendidikan dari ayahnya yang juga seprang ilmuwan, Jabir Ibn San'an Al-Battani. Keyakinan ini menguat dengan adanya bukti kemampuan al-Battani membuat dan menggunakan sejumlah alat astronomi seperti yang dilakukan oleh ayahnya.
Beliau meninggalkan Harran untuk menuju ke Raqqa yang terletak di tepi Sungai Eufrat. Di sana beliau melanjutkan pendidikannya. Di kota inilah beliau melakukan beragam penelitian hingga beliau menemukan pelbagai penemuan kecemerlangannya. Pada saat itu, Raqa menjadi terkenal dan mencapai kemakmuran. Ini disebabkan kerana Khalifah Harun al-Rashid, khalifah ke-5 dalam Zaman Accasiyah, pada 14 September 786 membangunkan sejumlah istana di kota tersebut. Ini merupakan penghargaan atas penemuan yang dihasilkan oleh al-Battani. Kota ini menjadi pusat kegiatan baik dalam ilmu pengetahuna mahupun perniagaan yang mempunyai pelbagai sumber.
Setelah 42 tahun melakukan penelitian yang diawali pada masa mudanya di Raqqa, beliau menemukan bahawa garis bujur matahari mengalami peningkatan sebesar 16,47 derajat sejak perhitungan yang dilakukan oleh Ptolemy. Ini menbuahkan penemuan yang penting mengenai gerak lengkung matahari. Al-Battani juga menentukan secara tepat kemiringin ekliptik, panjang musim, dan orbit matahari. Beliau juga menemukan orbit bulan dan planet dan teori baru untuk menentukan sebuah kondisi kemungkinan terlihatnya bulan baru. Ini berkait dengan pergantian dari sebuah saiz bulan ke saiz bulan yang lain.
Penemuan mengenai garis lengkung bulan dan matahari pada 1749 kemudian digunakan oleh Dunthorne untuk menentukan gerak akselerasi bulan. Dalam bidang matematik, al-Battani juga memberikan sumbangan terutama dalam trigonometri.
Buku tentang astronomi yang paling terkenal adalah Kitab Al Zij. Buku ini diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada abad ke-12 dengan judul De Scienta Stellerum u De Numeris Stellerum et Motibus oleh Plato dari Tivoli. Terjemahan tertua dari karyanya itu masih ada di Vatikan. Terjemahan buku tersebut tak melulu dalam bahasa Latin tetapi juga bahasa lain.
Terjemahan ini keluar pada 1116 sedangkan edisi cetaknya beredar pada 1573 dan pada 1645. Sementara terjemahan karya tersebut ke dalam bahasa Sepanyil muncul pada abad ke-13. Pada masa selanjutnya baik jemahan al-Battani dalam bahasa Latin mahupun Sepanyol tetap bertahan dan digunakan secara luas.
Tidak hairan apabila tulisannya sangat memberikan pengaruh bagi perkembangan ilmu pengetahuan di Eropah hingga datangnya masa Pencerahan. Dlam Fihrist yang dikompilasi Ibn An-Nadim pada 988, karya ini merupakan kumpulan Muslim berpengaruh pada abad ke-10, dinyatakan bahawa al-Battani merupakan ahli astronomi yang memberikan gambaran akurat mengenai bulan dan matahari.
Informasi lain dalam Fihrist menyatakan bahawa al-Battani melakukan penelitian antara tahun 877 dan 918. Tidak hanya itu, di dalamnya juga termuat informasi mengenai akhir hidup ilmuwan ini. Fihrist menyatakan baawa al-Battani meninggal dunia dalam perjalanan dari Raqqa ke Baghdad. Perjalanan ini dilakukan sebagai bentuk protes kerana beliau dikenakan pajak yang berlebih. Al-Battani memang mencapai Baghdad untuk menyampaikan keluhannya kepada pihak pemerintah. Namun, beliau menghembuskan nafas akhirnya ketika dalam perjalanan pulang dari Baghdad ke Raqqa.
No comments:
Post a Comment