Link Al-Quran Explorer!

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

Friday, May 28, 2010

Kegemilangan cendekiawan, saintis Islam wajar jadi idola generasi muda



PERADABAN sains dan teknologi menjadi asas kepada penemuan serta penghasilan yang memberi manfaat kepada semua dan umat Islam perlu mengambil langkah mengembalikan semula kecemerlangan dalam bidang yang pernah dikuasai ilmuwan terdahulu. Profesor Optik Elektronik Universiti York, United Kingdom, Prof Dr Mohamed El-Gomati, berkata setiap langkah perlu terarah untuk menghidupkan semula semangat penyelidik dulu yang berusaha menghasilkan penemuan memberi kebaikan kepada ummah.

Pada masa sama katanya, usaha itu perlu bagi memperbetulkan fakta sejarah yang menafikan kebangkitan ilmuwan serta ahli sains Islam yang berjaya menghasilkan penemuan dan rekaan yang bukan saja diiktiraf malah memberi banyak manfaat kepada manusia. "Sejarah peradaban dan sains yang sering diajar dalam sistem pendidikan bermula daripada sejarah Greek, Roman, Zaman Kegelapan, Kebangkitan, Perindustrian dan tamadun moden hari ini, sedangkan ilmuwan Islam juga banyak berjasa dalam perkembangan ilmu sains. "Kita ramai ahli sains seperti Ibn Sinna yang terkenal dalam ilmu perubatan, Al-Biruni menguasai bidang geografi, Abul Qassim yang mencipta peralatan pembedahan, Al-Zahrawi, Al-Idrisis dan ramai lagi yang sepatutnya menjadi idola umat Islam hari ini," katanya.

Beliau membentangkan kertas kerja bertajuk 'Belajar Daripada Masa Lalu, Perancangan Masa Depan', pada Persidangan Antarabangsa Muslim dan Sempadan Ilmu pada Abad 21: Isu, Prospek dan Cabaran anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), di Kuala Lumpur semalam. Katanya, adalah menjadi tanggungjawab umat Islam hari ini memahami perkembangan ilmu pengetahuan umat Islam dulu supaya dapat menggerakkan semua semangat memperkasa diri melalui ilmu semasa yang giat berkembang. Dr Mohamed berkata, selain mengarahkan tumpuan kepada memanfaat ilmu yang terus berkembang, usaha menghidupkan semula kecemerlangan umat Islam dapat dilakukan dengan mempopularkan sejarah mengenai ilmuwan silam. Langkah lain perlu dilaksanakan ialah menghasilkan penulisan buku menggambarkan serta meraikan perkembangan ilmu sains dan menggalakkan sifat dermawan bagi mengumpul dana untuk melakukan penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi.

Beliau yang mengagumi bapa ilmu optik, Ibn Haitham, berkata usaha perlu dilakukan dalam memahami faktor menjurus kepada penolakan terhadap hakikat sejarah kegemilangan dicapai ilmuwan Islam dalam bidang sains serta bila ia bermula. "Banyak sebab menyebabkan penolakan itu antaranya intelektual seperti Ernest Renan dan Max Weber yang mengatakan bahawa pemikiran orang Timur tidak berupaya menghasilkan pemikiran yang rasional. "Malah wujud dakwaan orang Arab kurang bijak berbanding orang Barat dan ia dipengaruhi pula oleh perselisihan antara sebab dengan wahyu selain peristiwa serangan serta pemusnahan Baghdad yang menyebabkan ketidakstabilan," katanya.

Felo Universiti Oxford, United Kingdom, Dr Muhammad Afifi Al-Akiti pula berkata, kepentingan mengembalikan semangat menguasai ilmu yang menjadi sebahagian daripada fardu kifayah boleh bertukar menjadi wajib iaitu fardu ain jika tiada seorang pun yang mengambil inisiatif melaksanakannya demi kepentingan umat sejagat. Ketika pembentangan kerja kerja bertajuk 'Muslim Menghadapi Sempadan Ilmu: Mempergiat Kerangka Fardu Ain dan Fardu Kifayah', beliau memetik pendapat Imam al-Haramayn Ibn Al-Juwayni, melaksanakan amalan fardu kifayah lebih utama daripada fardu ain.

Katanya, pendapat itu bagaimanapun tidak mengubah kewajipan menunaikan fardu ain cuma menepis salah faham yang kononnya fardu ain tidak boleh diabaikan sementara fardu kifayah mencukupi sekadar ada pihak yang melaksanakannya. "Sebenarnya apabila amalan fardu kifayah tidak dilaksanakan bermakna ia menjadi fardu ain, iaitu kewajipan kepada semua individu. Contohnya solat jenazah adalah fardu kifayah tetapi jika tiada siapa yang melakukannya, ia menjadi fardu ain dan semua perlu melaksanakan amalan fardu kifayah itu," katanya. Beliau berkata, ayat Allah SWT yang bermaksud biar ada daripada kalangan kamu melakukan tugas ini iaitu mengajak kepada kebaikan, jelas menekankan kepentingan amalan fardu kifayah juga penting seperti amalan fardu ain.

Oleh itu katanya, tiada pemisahan antara ilmu sekular atau ilmu agama sebaliknya umat Islam perlu menggunakan perkembangan ilmu pengetahuan yang berlaku hari ini supaya dapat memberi kebaikan kepada manusia. Dr Afifi berkata, ilmu penting membentuk serta merencana kehidupan manusia dengan syarat ia digunakan dengan cara yang betul bukan untuk melakukan kerosakan. Bagi umat Islam, ilmu yang dipelajari boleh menjadi ibadah jika niatnya ikhlas kerana Allah SWT. Katanya, apa yang dilakukan ilmuwan Islam dulu ialah menterjemahkan ilmu yang dikuasai ke arah menghasilkan apa yang terbaik untuk umat manusia dengan kesedaran bahawa perjuangan itu sebahagian daripada tuntutan agama. "Imam as-Syafie berkata, ilmu adalah yang dimanfaatkan, bukan yang dihafal dan ini termasuk ilmu sekular kerana ilmu perlu untuk kehidupan di dunia," katanya.

Friday, May 21, 2010

^_^Ancaman Meninggalkan Solat Jumaat^_^

Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w, ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat
menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai? (Muslim)

Huraian :
Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat jumaat hukumnya adalah fardhu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaan-Nya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah pintu hatinya lama-kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah menjadikan mereka semakin sesat dan tanpa segan terus melakukan dosa-dosa yang lain. 

Sesungguhnya orang yang dibenarkan meninggalkan solat Jumaat hanyalah mereka yang menghadapi kesukaran yang mencapai darjah keuzuran syar’i sepertimana yang berlaku kepada orang sakit dan orang musafir. Oleh itu sekiranya seseorang itu tiada sebarang alasan yang munasabah di sisi syarak untuk meninggalkan solat Jumaat, maka hendaklah mereka mengerjakannya kerana solat Jumaat selain dariapada suatu kewajiban dalam beribadat kepada Allah S.W.T ia juga merupakan suatu syiar Islam yang wajib dipelihara demi menjaga kesucian agama.

Sunday, May 16, 2010

Wong fei hong


                                                                                            

22 Jamadil Awal 1431 H
Oleh: Mazrina Mohd Mokhtar


Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film Once Upon A Time in China . Dalam filem itu, karakter Wong Fei Hung dimainkan oleh aktor terkenal Hong Kong , Jet Li. Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?


Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Perubatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China.


Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan
jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.

Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab- kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong.

Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu penrubatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong). Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi. Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.

Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Karena itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan mengidolakan Keluarga Wong.

Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah memilih bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih. Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch'in yang rasuah dan penindas. Dinasti Ch'in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.

Wong Fei-Hung mula mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda. Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch'in pada 1734.

Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch'in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea ). Jika saja pemerintah Ch'in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepun), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya mengusir pendudukan Dinasti Ch'in.

Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju. Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar dan kejam di Canton yang mengeroyoknya karana ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras.

Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton . Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena isteri-isterinya meninggal dalam usia pendek. Setelah isteri ketiganya meninggal, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.

Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad'afin (tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amiin.

Selamat Hari Ibu


Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu di Malaysia dan seluruh dunia..miahaha…Terutama sekali kepada ibu aku, Hasnah Ahmad, kerana bersusah payah menyara dan mendidik aku bersama-sama abang dan adik aku, sehinggalah aku menjadi seperti sekarang..Kaulah pertama hatiku.. Untuk semua, hayati sajak yang telah dibuat oleh kawan aku sempena hari ibu ini..
Ibu..
Di saat ku melihat dunia,
Kau tersenyum menangis gembirra,
Tatkala ku dibesarkan,
kau berikan segunung kasih sayang,
Selaut belaian..

Ibu..
Akan ku gapai kejayaan biarpun tanah tak ku pijak,
Akan ku cari kejayaan untuk kau ibu,
Itu lah yang mampu membuatkan kau tersenyum gembira melihat ku,
Akan ku jadikan bunga-bunga di taman,
tempat lebah mencari madu,
Agar madu yang manis membuatkan hidupmu lebih bererti..

Ibu..
Pengorbananmu akan ku balas,
Pengajaranmu sentiasa jadi pegangan,
Biarpun ombak merobek dunia,
Kau tetap ibuku yang satu.