Link Al-Quran Explorer!

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

Tuesday, January 26, 2010

Sejarah Tingkatan 4 Jenis Tamadun

 Tamadun Mesopotamia
 
1. KOD UNDANG2 HAMMURABI
  • digubal semasa Raja Hammurabi
  • Berteraskan hak rajkyat terhadap keadilan
  • hukuman & denda hendaklah setimpal dgn kesalahan
  • ttp berbeza mengikut susunlapis masyarakat
  • mengandungi +/- 282 undang2 yg dipahat pd tembok serta tiang besar
  • rakyat dpt membaca undang2 tersebut
Kepentingan Undang2 Hammurabi
  • menjadi dasar perundangan dlm Tamadun Mesopotamia
  • berjaya mengelakkan wujudnya permasalahan dikalangan masy pelbagai kaum & dikalangan susunlapis masyarakat itu sendiri
  • membantu peradaban Mesopotamia bertahan untuk jangkamasa yang panjang
  • dapat mengujudkan perpaduan
  • dapat mengukuhkan sistem organisasi dalam kehidupan masyarakat tersebut
2. SISTEM TULISAN
  • Sistem tulisan Mesopotamia dipanggil CUNEIFORM. Bermula dalam bentuk tulisan bergambar
  • Berkembang kepada tulisan berebntuk simbol yg ditulis pd tanah liat
  • kewujudan sistem tulisan membawa kpd sistem pendidikan yg bertujuan melahirkan jurutulis
  • Kehadiran jurutulis membolehkan urusan pentadbiran & perniagaan dicatat /direkodkan
  • Dlm perdagangan kesemua urusan jualbelinya disertakan dengan resit, nota & surat kredit
  • Sistem tulisan melahirkan tradisi kesusasteraan
  • hasil kesusasteraan yg terkenal ialahEpik Gilgamesh- menceritakan ttg pemerintahan, percintaan kehidupan yg kekal abadi & kesaktian
3. PERKEMBANGAN ILMU ASTRONOMI
  • Pencerapan terhadap pergerakan bulan, bintang, matahari membawa kepada perkembangan ilmu matematik : sistem mengira perpuluhan, menambah, menolak, membahagi dan punca gandadua
  • Kemudiannya membawa kepada perkembangan ilmu geometri
  • Penguasaan dlm bidang astronomi juga membolehkan mereka menggunakan jalan laut dan mencipta kalendar yag berasaskan sistem solar yag mengandungi 12 bulan dalam satu tahun
4. PERKEMBANGAN ILMU PERUBATAN
  • Perkembangan ilmu perubatan mendpt perhatian khusus semasa zaman Assyria
  • Kerajaan ini begitu mementingkan kesihatan anggota tenteranya
  • 500 jenis ubat-ubatan termasuk herba dan ramuan perubatan telah dikatelogkan dan disampelkan penggunaannya
  • Cara mengubat penyakit dgn menggunakan ubat-ubatan juga telah dicatatkan sbg panduan kpd pengamal perubatan
5. PENCIPTAAN RODA
  • Roda digunakan dlm menghasilkan kereta kuda s/ada utk tujuan peperangan atau kegunaan semasa aman
  • membolehkan mereka mencipta kincir air untuk mengairkan air ke kawasan kering
6. CIPTAAN ALAT PEBFANGKUTAN
  • mencipta kapal layar
  • menghasilkan pengangkutan beroda
7. MEMPERKENALKAN TEKNIK MEMBUAT BATU BATA DARIPADA TANAH LIAT
  • Dalam senibina mereka mahir mencipta arca dan tiang batu
  • cth patung Raja Gudea
  • arca tiang batu dpt dilihat dalam senibina ziggurat
8. KEPIMPINAN RAJA SARGON
  • mewujudkan Kerajaan AKKAD, empayar yang pertama di dunia
  • Berjaya menakluk dan menyatukan wilayah2 kerajaan Sumeria di Selatan Mesopotamia
  • perintis kepada pembentukan sebuah empayar yang menjadi ikutan pemerintah seterusnya...

Tamadun Mesir Purba 

Lokasi tamadun Mesir Purba:
-Di tebing sungai Nil

Nama dua batang anak sungai Nil:
-Sungai Nil Biru
-sungai Nil Putih

Sebab tamadun Mesir dikatakan anugarah daripada sungai Nil:
-tamadun Mesir terletak di lembah sg Nil
-limpahan air sg Nil menukar bentuk muka bumi tandus kepada kawasan subur
-lanar yang dibawa membentuk delta yang subur
-delta sesuai untuk kegiatan pertanian dan petempatan kekal

Nama tiga bandar utama tamadun Mesir Purba:
-Thinis
-Memphis
-Thebes

Ciri-ciri raja Mesir Purba:
-berkuasa mutlak
-dianggap suci
-jawatan firaun diwarisi secara turun-temurun
-pada zaman kerajaan lama,firaun dianggap sebagai jelmaan Tuhan Horus
pada dinasti ketiga,firaun digelar Raja Matahari kerana dipercayai anak Tuhan Matahari iaitu Amon-Re
-sebagai ketua pendeta,pemilik tanah,ketua hakim dan ketua pahlawan

Susun lapis masyarakat Mesir Purba:
-Firaun
-Bangsawan
-Rakyat bebas
-Golongan hamba

Sumbangan firaun perempuan yang bernama Hatshepsut:
-Pembinaan terusan dan penukaran padang pasir kepada tanah pertanian yang subur..

 Tamadun Indus

Tamadun Indus bermula pada tahun 2500 SM dan berakhir pada tahun 1750 SM. Ia merangkumi 60 buah kota.Antara kota-kota yang terbesar ialah Harappa dan Mohenjo-Daro.Kerajaan negara kotanya bersifat teokrasi
Sumber ekonomi utama ialah pertanian , perdagangan dan perusahan.Tanaman utamanya ialah gandum , barli , padi dan kapas.Binatang ternakannya ialah lembu , biri-biri , kambing babi dan ayam.Perusahaan utamanya ialah menenun kain kapas , membuat barang-barang logam , tembikar dan barang-barang kemas serta mengukir batu.
Masyarakat Indus mengamalkan polyteisme dan animisme.Mereka menyembah pokok , batu yang berbentuk lingga , lembu dan dewa.Masyarakat Indus menyambah Dewa Siva (Pashupati) dan Dewa Shakti (Mother Goddess) yang bermuka tiga.Tulisan masyarakat Indus berbentukpiktograf.Ia mempunyai hampir 400 simbol.
Sumbangan tamadun Indus dalam bidang sains ialah penetapan satu sistem timbangan yang seragam.Mereka juga mengasaskan sistem ukuran lurus.Sumbangan paling besar tamadun Indus ialah kumpulan puisi Vedas.Veda yang pertama ialah Rig Veda.Ia disusun sebelum 1000 SM.Mereka telah mengukir patung manusia seperti patung 'Gadis Menari'.

Tamadun Hwang Ho
 

Tamadun awal China telah wujud kira-kira 4500 tahun dahulu.Ia berlaku di sekitar Sungai Kuning atau Hwang.Tamadun ini berkembang pesat pada zaman Dinasti Shang (1766 - 1122 SM atau 1523 - 1027 SM).Bandar utama yang muncul ialah Anyang , Changan dan Loyang.Anyang telah dijadikan ibu negeri Dinasti Shang.
Orang China percaya mengenai konsep mandat dari syurga.Dinasti Shang diganti oleh Dinasti Chou melalui rampasan kuasa.Sistem feudal diamalkan semasa pemerintahan Dinasti Chou.Pertanian merupakan kegiatan ekonomi utama.Tanaman utmanya ialah gandum , milet , sekoi , barli dan padi.Ternakannya ialah khinzir , kambing dan anjing.Kulit siput digunakan sebagai mata wang dalam perdagangan tempatan.Perusahaan yang dijalankan ialah pembuatan tembikar , barangan ukiran daripada kayu , gangsa dan jed serta penenunan tekstil dan bulu.
Masyarakat China percaya bahawa tuhan menguasai semua aspek kehidupan manusia.Mereka memuja tuhan alam seperi Tuhan Angin , Tuhan Bulan dan Tuhan Matahari.Orang Shang juga mengamalkan pemujaan nenek moyang.Tulang nujum digunakan untuk mendapatkan pertolongan daripada nenek moyang.Bentuk tulisan tamadun ini dipanggil ideogram.Setiap gambar melambangkan satu perkataan.Terdapat lebih kurang 3000 simbol yang kekal selama 3500 tahun.kemajuan sains dan teknologi zaman Shang ialah :
Penggunaan gangsa dalam pembuatan senjata dan alat-alat pertanian
Membuat alat-alat tembikar dan jed
Menghasilkan sutera
Memperkenalkan sistem kalendar dan perpuluhan
Kemajuan pada Zaman Chou termasuk :
Membuat wang daripada logam
Menerbitkan buku
Memperkenalkan alat tulisan
Perkembangan kesenian tamadun ini dapat dikesan menerusi bidang ukir.
Mereka mengukir patung daripada gangsa untuk upacara keagamaan.Kesusasteraan berkembang pesat semasa Dinasti Chou dan karya-karya utamanya ialah :
Buku Perubahan (The Book of Changes) yang berkaitan dengan ilmu ketuhanan.
Buku Upacara ( The Book of Rites) berkaitan dengan tatacara istiadat dan tanggungjawab orang dewasa.
Buku Sejarah ( The Book of History) merupakan koleksi dokumen rasmi , proklamasi dan ucapan
Buku Puisi ( The Book of Poetry) merupakan antologi 300 sajak.

Wednesday, January 13, 2010

Senyum



Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...